• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Wanita Kena Tahan, Maki Polis "Hoi Stupid Idiots..."

Covid-19: Wanita Kena Tahan, Maki Polis "Hoi Stupid Idiots..."

March 31, 2020 By Han Othman Leave a Comment

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG wanita ditahan kerana melemparkan kata-kata kesat kepada polis yang mengadakan sekatan jalan raya untuk memantau pergerakan penduduk ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Insiden berlaku jam 9.30 pagi di Persiaran Surian bersempadan Kota Damansara-Damansara ketika pasukan polis dan tentera sedang bertugas melakukan sekatan jalan raya OP Covid, dilaporkan MalaysiaGazette.

Sebelum menghamun polis dan tentera, wanita itu, yang memandu Proton X70 putih, dilihat membunyikan hon hampir setengah jam sepanjang terperangkap dalam kesesakan. Sebaik saja tiba di perkarangan kediaman, suspek terus menghentikan kereta di depan pintu masuk apartmen dan menurunkan tingkap pemandu sambil menjerit;

Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk menyusahkan orang.”

maki-polis-di-roadblock-covid19-1
SJR PERSIARAN SURIAN KPD PJ

Selepas 10 minit hilang dari pandangan, wanita itu muncul semula dan berjalan ke arah polis untuk memberikan penjelasan serta rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang menyusahkan dia membeli barang keperluan rumah.

Namun anggota polis bertugas meminta kad pengenalan suspek dan terus bertindak menahan serta diarahkan duduk di bawah khemah petugas sekatan jalan raya. Setengah jam kemudian dia dibawa ke Balai Polis Damansara untuk disiasat di bawah Seksyen 7(b) dan Akta 342.

SUMBER: MalaysiaGazette

BACA >>> Covid-19: Hanya Seorang Dibenarkan dalam Sebuah Kenderaan, Mula Rabu Ini

BACA >>> Covid-19: Selangor Mungkin Ikut Jejak Simpang Renggam 'Berkurung' dalam Rumah

Related

4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ATM, Auto Terkini, Covid-19, Maki Polis, PDRM, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, Sekatan Jalan Raya OP Covid, Wanita Maki Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev