• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

Cara-Cara Jumper Bateri Kereta Dengan Betul & Selamat

June 10, 2016 By Abang GYL 19 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Jumper BateriSEDIA maklum, Proton sudah menafikan dakwaan jumper bateri pada kereta keluarannya akan menyebabkan kerosakkan pada pada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebelum ini, Proton menegaskan kesemua model kenderaannya boleh melakukan jumper tanpa mendatangkan sebarang masalah.

Walau bagaimana, Proton turut menasihati pemilik Proton supaya merujuk buku panduan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.

BACA>>> Gambar Viral Jumper Bateri Akan Rosakkan Kenderaan Proton Adalah PALSU!!!

Cara Jumper Bateri KeretaBerikut Proton sediakan cara-cara untuk melakukan jumper bateri dengan betul dan selamat;

1. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.

2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu. Sekiranya anda masih degil, ia akan menyebabkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.

3. Gunakan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.

4. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan "P" (PARK) untuk transmisi automatik dan "N" (NEUTRAL) untuk transmisi manual.

5. Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup.

6. Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-).

7. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.

8. Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk itu, abaikan gambar penyebaran palsu berkenaan dan sebarkan kepada rakan-rakan cara jumper bateri dengan betul.

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Cara Jumper Bateri Kereta Selamat, Proton, Proton Viral, Viral

Comments

  1. Mike says

    September 22, 2017 at 8:36 AM

    Apa masalahnya jika terminal(+) disambung ke terminal(+) dan terminal negative (-) disambung ke terminal(-) dan bukannnya disambung ke body enjin. Sebab saya pernah buat begini tapi macam tiada masalah dengan kereta dan kereta pun dapat dihidupkan. Tapi jika saya sambung ikut arahan yang disediakan, kereta tidak dapat hidup.

    Reply
    • ABG GYL says

      September 23, 2017 at 12:55 PM

      Cara ini pun boleh pakai. tak ada masalah

      Reply
      • Kapisio says

        February 23, 2018 at 10:17 AM

        Bgi kereta biasa, (-) to (-) tiada masalah, tapi bgi kereta yg hampir fully electronic boleh mengganggu sistem, kdg2 sistem boleh gila.

        Reply
        • Asr says

          December 31, 2018 at 8:54 PM

          Betol..baru je kena tadi..enjen jadi gila tetiba bergegar dan kipas berhenti..air coolant memancut kluar..macam overheat..pening keta penuh system camni..apa nak buat eh

          Reply
        • nazmie says

          April 18, 2019 at 8:21 AM

          kereta yang mana akan gila tu tuan...yg menolong atau yg ditolong..??

          Reply
  2. Md najib says

    October 30, 2017 at 10:30 AM

    nak tanya kalau selalu jumper kereta yg bateri dia lemah adakah bateri kita yg baik akan rosak juga.

    Reply
    • Ali says

      March 17, 2018 at 9:51 PM

      Kalau selalu jumper bermaksud bateri Tuan mmg dah nak rosak

      Reply
  3. Hanafi says

    April 18, 2018 at 8:44 AM

    Bateri kering boleh di jumpkan ke?

    Reply
    • ABG GYL says

      April 18, 2018 at 3:18 PM

      Boleh. tapi kena cara yang betul.

      Reply
  4. amshah says

    June 15, 2018 at 9:03 PM

    Saya tak faham no. 8, boleh siapa2 jelaskan. Terima kasih semua & Pandulaju.

    Reply
  5. TRY says

    June 20, 2018 at 4:43 PM

    bukak kabel - point dulu baru bukak kabel + point lepas jumper.

    Reply
  6. Ezani says

    February 20, 2019 at 10:35 AM

    Bagaimana kita jumper melalui bateri, bukan melalui kereta?

    Reply
  7. Arnold says

    March 3, 2019 at 5:46 AM

    Boleh kh viva850 jumper kreta wira SE

    Reply
  8. nazmie says

    April 17, 2019 at 11:41 AM

    nak tnye...jadi pada kereta yg menolong atau yang ditolong..??

    Reply
  9. Zack says

    May 29, 2019 at 9:37 AM

    Nak tnye.. Kalau selalu tolong orng jumper kereta tambah ke tambah tolak ke tolak ke bateri.. bukan ke body Adakah boleh jadi masalah bateri.. Atau ade punca-punca lain..

    Reply
  10. Mercy says

    January 13, 2020 at 6:30 PM

    Komponen (+) ada patah tapi masih boleh grip lg..adakah ia akan dtg masalah?

    Reply
  11. mohdnoorfazlin says

    January 13, 2020 at 10:49 PM

    Boleh ke bateri kereta saga magma dh kong lpstue nk jumper guna kereta proton exora transmisi auto,bkn apa sbb dgr x leh sbb nti sistem kereta jnis transmisi auto akn wt hl

    Reply
  12. Nuar says

    April 12, 2020 at 4:00 PM

    Semasa jumper sedang berjalan, enjin kereta penolong hidup atau mati

    Reply
    • Abang GYL says

      April 12, 2020 at 4:04 PM

      Enjin yang tolong haruskan dihidupkan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev