• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

Honda CBR1000RR-R Fireblade Menang Anugerah Rekabentuk Red Dot 2020!

March 31, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

DALAM arena perlumbaan MotoGP, Honda mengecapi banyak kejayaan dan pencapaian tersebut sudah tentu lebih manis apabila diiringi pengiktirafan industri untuk motosikal yang ditawarkan kepada pengguna.

Honda CBR1000RR-R Fireblade hadir di tengah kejayaan tersebut dan kini ia lebih bermakna dengan pengiktirafan Red Dot 2020.

Anugerah Red Dot adalah pengiktirafan antarabangasa berprestij yang diasaskan pada 1955 dengan membabitkan 49 kategori rekabentuk industri menerusi penilaian dalam sembilan kriteria.

Produk yang memiliki rekabentuk luar biasa diiktiraf melalui tiga anugerah, iaitu Red Dot: Best of the Best, Red Dot dan Honourable Mention, manakala anugerah paling berprestij ialah Red Dot: Best of the Best.

CBR1000RR-R Fireblade pula dipilih untuk merangkul anugerah Red Dot dalam kategori motosikal. Model perdana Honda itu diperkenalkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Itali dan bakal memasuki pasaran Eropah dalam masa terdekat.

BACA >>> Malaysia Pertama di Asia Dapat Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Harga RM199k!

Menariknya, peminat Malaysia sudah pun boleh memiliki CBR1000RR-R Fireblade SP apabila Boon Siew Honda (BSH) baru saja melancarkan superbike itu, Januari lalu. Malah, pelancaran itu adalah pertama di Asia!

Sebagai pengeluar yang mementingkan hubungan mesin dan manusia, CBR1000RR-R Fireblade dibangunkan berasaskan konsep 'TOTAL CONTROL for the Track'. 

Enjin dibangunkan berasaskan teknologi daripada jentera RC213V MotoGP. Frem motosikal dihasilkan untuk memberikan kestabilan terbaik dan ditambah pula ciri kawalan elektronik serba canggih.

Berbalik kepada CBR1000RR-R Fireblade SP edisi tempatan, model itu adalah varian paling premium yang dibekalkan sistem suspensi Öhlins dan brek Brembo. Trenkuasa mampu menjana kuasa setinggi 213hp @ 14,500 rpm dan tork 112.7Nm @ 12,500rpm.

Harga? RM198,800, tidak termasuk caj lain. 😱🤪

BACA >>> Honda Tayang CB-F Concept, Ilham Model Retro 70-an CB900F, CB750F

GALERI
CBR-1000RR-R Fireblade SP (2020)

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anugerah Red Dot, Fireblade, Honda, honda cbr, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Red Dot 2020, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my