• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Vauxhall 1903 - Kereta 4 Kerusi Berkuasa 5hp yang Berusia 117 Tahun

#RetroAuto: Vauxhall 1903 - Kereta 4 Kerusi Berkuasa 5hp yang Berusia 117 Tahun

April 1, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SESETENGAH pengeluar automotif memiliki legasi dan sejarah cukup panjang walaupun hari ini sudah bernaung di bawah syarikat besar lain. Misalnya, Vauxhall Motors yang sudah menghasilkan kenderaan di Britain seawal 1903.

Faktanya, itu bukan tahun Vauxhall ditubuhkan. Sejarahnya bermula apabila seorang jurutera laut, Alexander Wilson menubuhkan syarikat di Vauxhall, London pada 1857. Syarikat itu dinamakan Alex Wilson and Company sebelum diubah kepada Vauxhall Iron Works bermula 1897.

BACA >>> Teknologi SRV - Cara Vauxhall Atasi Masalah Titik Buta Pada Van Komersial

Perniagaan utama syarikat ialah mengeluarkan pam dan enjin jentera laut. Enam tahun kemudian (1903) barulah Vauxhall menghasilkan kereta popular pertama, dinamakan Light Car yang dijana enjin silinder tunggal berkuasa 5hp sahaja.

Keunikan kereta tersebut adalah pada ciri kemudi (tiller) yang berfungsi sebagai stereng yang mana kelajuan dikawal roda tangan daripada tembaga. Komponen tersebut dikatakan dihasilkan berasaskan pengalaman Vauxhall dalam pembuatan enjin jentera laut.

Kuasa enjin disalurkan menerusi kotak gear episiklik (epicyclic) 2-kelajuan menggunakan rantai besar ke roda belakang. Walaupun cuma berkuasa 5hp, kereta ini mampu memecut hingga 40kmj. Model ini dikeluarkan 84 unit sahaja dari kilang asal Vauxhall di London Selatan sebelum berpindah ke Kimpton Road, Luton pada tahun berikut (1904) dan kekal hingga sekarang.

BACA >>> Covid-19: Pengeluar Automotif UK Bantu Kerajaan Bina Mesin Ventilator

vauxhall-1903-4-seater-1
vauxhall-1903-4-seater-2

Gambar kereta empat kerusi di atas ini ialah unit paling lama di dunia yang kini dijaga rapi di bawah Koleksi Warisan Vauxhall (VHC). Unit tersebut kerap digunakan dalam acara tahunan London to Brighton Veteran Car Run.

SPESIFIKASI

  • Warna: Biru
  • Warna Interior: Kulit hitam
  • Sesaran Enjin: 978cc
  • Kelajuan Maksimum: 40kmj
  • Penggunaan Minyak: 16.26km per liter
psa-groupe-logo
logo-vauxhall

Vauxhall kini adalah subsidiari kepada Groupe PSA sejak 2017. Sebelum itu, pengeluar itu bernaung di bawah General Motors (GM) sejak 1925. Dua kilang Vauxhall di Ellesmere Port dan Luton mengeluarkan 206,000 kenderaan sepanjang 2018 dengan jualan mewakili 9 peratus pegangan dalam pasaran Britain.

BACA >>> Opel Bangunkan Jentera Lumba untuk Kejuaraan Rali Elektrik Pertama

VAUXHALL 4-KERUSI, SILINDER TUNGGAL, 5HP (1903)
vauxhall-1903-4-seater-4
vauxhall-1903-4-seater-5
L2B_2019_Matt_Howell_208
Vauxhall 1903 5hp, Single-Cylinder (3)
Vauxhall Car 1903
vauxhall-1903-1
vauxhall-1903-4-seater-2
vauxhall-1903-4-seater-3

Related

228
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Alex Wilson and Company, Alexander Wilson, autotainment, Groupe PSA, kereta klasik, Light Car, London to Brighton Veteran Car Run, Retro Auto, Vauxhall, Vauxhall Iron Works, Vauxhall Light Car, Vauxhall Motors, vintaj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev