• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Tayang CB-F Concept, Ilham Model Retro 70-an CB900F, CB750F

Honda Tayang CB-F Concept, Ilham Model Retro 70-an CB900F, CB750F

March 29, 2020 By Abang Hirata 1 Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA sepatutnya mempamerkan koleksi motosikal pada Pameran Motosikal Osaka (OMS) ke-36 dan Pameran Motosikal Tokyo (TMS) ke-47, tetapi dua acara permotoran itu dibatalkan gara-gara Covid-19.

Namun, itu bukan masalah apabila Honda menukarkan acara itu kepada Pameran Virtual Honda di laman web pengeluar itu. Antara bintang yang mencuri perhatian ialah model konsep Honda CB-F dengan pengaruh siri retro CB yang sudah memasuki usia enam dekad, tahun lalu.

Model retro sebenarnya sudah beberapa tahun dibawa kembali pengeluar motosikal dan trend itu nampaknya akan terus kekal dalam tempoh lama.

BACA >>> Honda CB1000R Stardust Edisi Khas Switzerland dengan Lencana Batu Meteor

honda-cb900f-klasik-1
honda-cb900f-klasik-2
honda-cb900f-klasik-3

CBF-F Concept membawakan teknologi moden dengan rekabentuk retro CB900F (foto atas) atau CB750F (foto bawah) di Jepun yang terkenal di arena perlumbaan Amerika Utara. CB900F dikeluarkan daripada 1979 hingga 1983 dan mula ditawarkan di Amerika Syarikat (AS) pada 1981 sebelum digantikan CB1100F pada 1983.

BACA >>> Honda CB500F (2020) Kini Berwarna Baharu di Brazil

honda-cb750f-klasik-2
honda-cb750f-klasik-1
honda-cb750f-klasik-3

Sekali pandang, model konsep ini jelas membawa semula gaya model retro itu yanga dapat dikesan menerusi tangki, ekor belakang dan garis badan. Malah, gaya peredam bunyi juga mirip CB900F.

CBF-F Concept dikuasakan enjin 4-lejang 4-injap 4-silinder sebaris 998cc DOHC, manakala casis menggunakan struktur tulang belakang mono (mono-backbone) dengan besi kekuatan tinggi (high tensile). Fork depan jenis terbalik (USD), manakala swingarm belakang jenis Pro-Arm tunggal daripada aluminium ringan.

Walaupun sekadar konsep, model ini nampak seperti produk yang siap sedia memasuki barisan pengeluaran. Tiada menjadi masalah buat Honda untuk menjelmakan motosikal konsep ini menjadi model sebenar berdasarkan pengalaman luas dimiliki pengeluar itu. Sama seperti dilakukan CT125 Hunter Cub yang diperkenalkan baru-baru ini.

Dijual atau tidak? Masih terlalu awal, tetapi ramalan kami positif untuk ia menjengah pasaran kerana CB900F masih melekat di hati peminat Honda.

BACA >>> Honda Grom (2020) Cuma Tawar Dua Warna Baharu di Jepun, Gaya Masih Sama

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Covid-19, Honda, Honda CB-F Concept, Honda CB750F, Honda CB900F, Pameran Motosikal Tokyo (TMS), Pameran Virtual Honda, roda2, sportbike retro

Comments

  1. Jan says

    April 10, 2020 at 9:39 PM

    ini memang ngam, lagi cantik dari CB1000r yang sekarang. tapi lagi best kalau dia keluarkan model yang macam CB1300SF SP.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev