HONDA Wave 110 memasuki pasaran Vietnam seawal 1990-an dan menjadi antara kapcai digemari ramai kerana menawarkan rekabentuk yang ringkas, tetapi masih menarik dipandang dengan enjin tahan lasak.
Walaupun kapcai import Thailand itu sudah memasuki usia tiga dekad, tetapi kekal mampu mengumpul kelompok peminat tersendiri yang sanggup berbelanja sakan untuk mengubah suai model tersebut menjadi sesuatu lebih istimewa.
Pemilik Wave 110 dari bandar Ben Tre di Vietnam ini adalah contoh terbaik modifikasi 'gila' dari negara jiran tersebut kerana dia mendakwa menghabiskan wang sebanyak 200 juta dong (RM37,190) untuk membikin kapcai kesayangannya itu.
BACA >>> Dua Beradik Bikin Motor Banjir Dua Jam Saja!
Masih mengekalkan rekabentuk asal Honda, ada empat bahagian fairing plastik disadur bahan gentian karbon, iaitu penutup fork, panel tengah badan (antara hendal dan pelana), penutup kepala (meter) dan madgad belakang. Kos untuk empat komponen gentian karbon saja sudah mencecah 10 juta dong (RM1,860).
Panel butang kawalan asal ditukar dan bahagian depan menggunakan komponen Brembo seperti tuil brek, tabung silinder master (untuk brek) dan pengimbang (balancer) pada bar hujung hendal, manakala cermin sisi jenis Rizoma. Kos untuk pakej ini pula berlu berhabis tidak kurang 20 juta dong (RM3,720).
Komponen aftermarket paling menyerlah sudah tentu penampilan rim jingga jenis CNC daripada jenama kesukaan ramai, Racing Boy. Di Vietnam, rim ini berharga kira-kira 30 juta dong (RM5,580). Memang mahal!
Brek kapcai menggunakan jenama Brembo dengan kaliper monoblok 4-piston dan cakera saiz besar di depan. Brek belakang pula dilengkapkan kaliper Brembo Billet KTM dengan cakera Brembo Moto3. Unit brek pula berharga lebih 100 juta dong (RM18,595).
Pam brek disambungkan kepada kaliper Brembo menerusi set kabel Hel dan komponen pemisah brek pantas Staubli dengan harga sekitar 25 juta dong (RM4,650).
BACA >>> Vietnam Lancar Honda Wave RSX FI 110 dengan Wajah Baharu, Naik Taraf Lebih Moden
Fork teleskopik depan dibiarkan standard, manakala suspensi belakang dipasangkan absober Nitron. Jenama ini juga disukai penunggang Vietnam kerana Nitron boleh membuat tetapan absober mengikut cita rasa pelanggan, sekali gus memberikan kelebihan dan populariti buat jenama itu.
Wave 110 dipacu enjin silinder tunggal 108cc berkuasa 8hp yang mana pengubahsuaian mekanikal dilakukan cuma penggunaan unit koil pencucuhan, termasuk kabel MSD. Penendang kaki pula daripada jenama Takegawa.
Sistem ekzos kelihatan seperti standard, tetapi harganya 16 juta dong (RM2,975), iaitu unit import dari Thailand yang diperbuat daripada titanium. Menarik tak?
BACA >>> Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang
GALERI
SUMBER: Zing
Leave a Reply