• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PRIHATIN: Berapakah Banyak Makcik Kiah Dapat Bantuan, Jimat Sepanjang PKP?

PRIHATIN: Berapakah Banyak Makcik Kiah Dapat Bantuan, Jimat Sepanjang PKP?

March 27, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM ini kita pernah mendengar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan bahasa santai bagi memudahkan rakyat faham kepentingan duduk di rumah sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usah mencegah penularan wabak Covid-19.

Perdana Menteri sekali lagi dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) menggunakan analogi 'Makcik Kiah' untuk menggambarkan manfaat yang bakal diterima rakyat dengan bantuan tunai dan penjimatan kira-kira RM7,864.

BACA >>> Covid-19: PKP Lanjut Sampai 14 April

Andaikan Makcik Kiah penjual pisang goreng yang tinggal di PPR Desa Tun Razak, dan suami ialah pesara Kerajaan dan kini bekerja sebagai pemandu GrabCar, manakala anaknya peminjam PTPTN dengan pendapatan isi rumah di bawah RM4,000 sebulan.

Kebetulan pula ada Warung Makcik Kiah, tapi tiada kena mengena. Cuma contoh.

Berikut contoh pengiraan dijelaskan Muhyiddin supaya rakyat mudah faham:

APA FAMILI MAKCIK KIAH TERIMA?

  • Bayaran Prihatin Nasional: RM1,600 (pendapatan isi rumah bawah RM4,000)
  • Baki Bantuan Sara Hidup (BSH): RM600
  • Bantuan Pesara: RM500
  • Bantuan Tunai e-hailing: RM500
  • Bantuan Orang Bujang: RM800
  • Bantuan RELA (jika suami Mak Kiah Berkhidmat): RM200 sebulan hingga wabak berakhir
  • JUMLAH TUNAI DAPAT: RM4,200#

APA FAMILI MAKCIK KIAH DAPAT JIMAT?

  • Tangguh bayaran PPR, 6 bulan: RM744
  • Tangguh pinjaman kenderaan, 6 bulan: RM1,800
  • Jimat bayaran bil elektrik, 6 bulan: RM120
  • Tangguh bayaran PTPTN, 6 bulan (untuk anak Makcik Kiah): RM1,200
  • Jika pinjam kredit mikro untuk berniaga goreng pisang dengan bayaran balik RM100 sebulan: RM600
  • JUMLAH JIMAT: RM4,464#

BACA >>> PRIHATIN: Inilah 5 Golongan Terbesar Dapat Bantuan Tunai Hadapi Covid-19

Dicampur jumlah manfaat dan penjimatan yang diterima famili Makcik Kiah ialah RM8,664.  

Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat."

 MUHYIDDIN YASSIN, Perdana Menteri Malaysia

Related

93
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Covid-19, Makcik Kiah, Makcik Kiah Goreng Pisang, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev