• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PRIHATIN: Usahawan B40, Rakyat Hilang Pekerjaan Akan Dibantu

PRIHATIN: Usahawan B40, Rakyat Hilang Pekerjaan Akan Dibantu

March 27, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan pelaksana utama bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang kehilangan mata pencarian.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan kewangan sosial itu akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan kepada usahawan mikro menggunakan dana zakat dan pembiayaan mikro pada kadar berpatutan.

Fasa pertama melibatkan kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), bermula Mei 2020. Usahawan layak akan diberikan latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan dipilih."

SEKTOR KORPORAT TIDAK DIKETEPI

Selain itu, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) juga tidak mengetepikan sektor korporat terjejas. Justeru, Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan yang bersedia menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman sektor korporat bersesuaian prestasi perniagaan.

Muhyiddin berkata lagi;

Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan hingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja.

"Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit Dana jamin. Kemudahan ini disasarkan kepada perniagaan berdaya maju dalam semua sektor yang menghadapi kesukaran akibat wabak Covid-19.

"Saiz minimum pinjaman layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan. Kemudahan ini akan disediakan untuk pemohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020, atau hingga dana jaminan digunakan sepenuhnya."

Related

69
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Covid-19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Tan Sri Muhyiddin Yassin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev