• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Quartararo Mengaku 'Terer' Main Playstation, Tapi Lagi Laju Kalau Lumba Betul

Quartararo Mengaku 'Terer' Main Playstation, Tapi Lagi Laju Kalau Lumba Betul

March 26, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMUA pelumba MotoGP kini sedang berkurung dalam rumah masing-masing berikutan penangguhan perlumbaan akibat wabak Covid-19. Pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo sempat berkongsi keadaan semasanya yang mengatakan semua masih OK.

Situasi di Andora lebih kurang sama dengan wilayah Itali lain walaupun belum dikuarantin penuh. Namun, Quartararo berusaha seminimum mungkin untuk keluar dari rumah.

Quartararo berkata;

Kami tidak tahu bila musim akan bermula, tetapi aku perlu cergas dan siap untuk berlumba. Jadi aku berlatih keras dan menantikan permulaan musim. Aku berlatih lebih kurang macam pramusim, cuma ketika itu aku dapat buat lebih banyak latihan dengan ride motor dan main motocross.

"Tapi sekarang tak boleh keluar rumah, jadi latihan sama macam biasa, cuma tak boleh ride. Aku habiskan berjam-jam berlatih di rumah supaya tubuh kekal baik dan mengawal pemakanan, itu saja yang aku boleh buat sekarang ni," katanya.

BACA >>> Yamaha Pilih Quartararo Temankan Vinales Musim Depan, Rossi Hilang Tempat

dato-razlan-razali-dan-fabio-quartararo
Fabio Quartararo_2
Fabio Quartararo_1

Selain berlatih, Quartararo turut meluangkan masa menonton Netflix, filem dan membaca selain berbual dengan keluarga dan rakan. Malah, pelumba Perancis itu sempat mengubah suai rumah dan garaj. Dia juga sempat mengulas mengenai detik perlumbaan permainan video atas talian yang akan dianjurkan MotoGP, Ahad nanti;

Aku memang laju kalau main Playstation, tapi kalau tengok perlumbaan dulu dan bandingkan dengan mereka yang top, aku lebih cepat secara realiti! Memang seronok main game MotoGP dan aku beruntung ada game tu di rumah, tambahan lagi dengan situasi sekarang.

“Duduk di rumah dan aku tahu bosan sebab aku pun bukan jenis boleh duduk diam, tetapi saat ini penyelesaian terbaik adalah kekal di rumah dan lebih selamat. Jangan lupa cuci tangan, jaga jarak dan jangan ada kontak sosial dengan orang lain. Kita harus lebih bertanggung jawab daripada sebelumnya."

BACA >>> Marc Marquez: Satu Hari Nanti Akan Ada Orang Kalahkan Aku

You know @FabioQ20 is actually a freak athlete 🤯

Look at the man go 👏pic.twitter.com/ktwNsoOmBe

— MotoGP on BT Sport (@btsportmotogp) March 21, 2020

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Fabio Quartararo, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, PETRONAS Racing Team (SRT), roda2, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev