• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Pakej Kustom 2: Honda CT125 Hunter Cub Versi Kitaco

Pakej Kustom 2: Honda CT125 Hunter Cub Versi Kitaco

March 29, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERBEZA versi kustom Takekawa, pakej kustom kedua kapcai advencer, Honda CT125 Hunter Cub ini kelihatan seperti tiada apa-apa pembaharuan dibuat. Pakek ini lebih menumpukan kepada ekstra ciri dan pengemaskinian kosmetik.

Hunter Cub veris Kitaco
Hunter Cub standard

Asasnya, ada 14 pilihan aksesori Kitaco untuk dipasang pada CT125 Hunter Cub tanpa unit ekzos kustom seperti Takekawa. Berikut perincian yang dibahagikan kepada tiga seksyen, iaitu depan, tengah dan belakang.

1. DEPAN

Bar hendal asal diperkuatkan komponen pendakap hendal (handle brace) melintang. Juga ada bar multifungsi ditambah pada hendal asal yang membolehkan penunggang memasang peranti lain seperti telefon pintar.

Jika diperhatikan, sebelah konsol butang kanan ada pemegang helmet berkunci. Grip hendal ditutup penutup hujung bar (bar end cap) merah yang membantu penunggang mendapatkan keseimbangan lebih baik.

2. TENGAH

Karakter advencer kapcai ini dikuatkan dengan bar rempuh (crash bar) tambahan krom yang menggantikan bar asal di depan enjin.

Bawah enjin dipasangkan plat gelincir hitam, dan juga ada karier (tempat bawa barang) hitam antara pelana dan bar hendall. Aksesori ini sesuai untuk meletakkan beg atau alatan perkhemahan kecil. Kelihatan juga beberapa komponen anod merah, iaitu pada penutup minyak enjin dan penutup kotak engkol.

3. BELAKANG

Dwi-absorber Kitaco dengan spring merah menggantikan suspensi standard berwarna hitam.

Nama Produk Harga Anggaran , Tidak Termasuk Cukai
Penutup minyak - warna emas 2,800 yen (RM110)
Penutup hujung bar hendal - merah 4,800 yen (RM189)
Tuil brek kanan - hitam 5,000 yen (RM197)
Penutup kotak kunci - merah 1,100 yen (RM43)
Pemegang atas hendal - merah 6,500 yen (RM256)
Pemegang helmet - hitam 2,800 yen (RM110)
Pendakap hendal - hitam 7,000 yen (RM275)
Penutup lubang pemasaan - merah 3,800 yen (RM150)
Penutup kotak engkol - merah 9,000 yen (RM354)
Set absorber belakang 6,400 yen (RM252)
Plat gelincir - hitam 24,000 yen (RM945)
Bar multifungsi 4,200 yen (RM165)
Bar rempuh tambahan 17,000 yen (RM670)
Karier tengah 7,000 yen (RM275)

SUMBER: Autoby

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Honda, Honda CT125 Hunter Cub Kitaco, Honda Japan, Kapcai, Kapcai 125cc, Kapcai Advencer, Moped, Pakej Kustom Kitaco, roda2, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my