HATCHBACK subkompak popular, Honda Fit (Malaysia: Jazz) secara rasmi dilancarkan di Jepun pada 13 Februari lalu. Setakat 16 Mac, model generasi keempat itu mencatatkan lebih 31,000 unit tempahan di Negara Matahari Terbit itu.
Menariknya, Fit baharu ini mencatatkan angka jualan lebih tiga kali ganda daripada sasaran asal Honda, iaitu 10,000 unit sebulan.
Menampilkan rekabentuk serba baharu yang cembung dan bujur, Fit (2020) mengetengahkan karakter lebih feminin berbanding model sedia ada. Pada masa sama menawarkan ruang kabin lebih luas dan praktikal yang menumpukan kepada aspek emosional.
BACA >>> Honda Fit (2020) Mula Jual di Jepun, Harga Mula RM58.7k
Ada 5 varian yang ditawarkan Fit (2020) untuk pasaran Jepun:
- Basic: Varian paling asas yang menawarkan rekabentuk berkualiti tinggi dan keselesaan penumpang. Menampilkan rekabentuk ringkas dengan rupa depan lembut.
- Home: Direka dengan ruang lebih relaks dengan visual tinggi dan sentuhan berkualiti menerusi koordinasi warna dan material seperti kerusi fabrik warna natural daripada materia berkualiti tinggi, roda stereng balutan kulit dan pad lembut Prime Smooth™.
- Ness: Menampilkan koordinasi warna menarik dan menggunakan material kalis air untuk permukaan kerusi dan pad lembut pada instrumen. Varian ini lebih sporty dan bergaya.
- Crosstar: Rekabentuk luaran dibangunkan eksklusif untuk Crosstar, termasuk rim aluminium 16 inci yang nampak menarik untuk pemanduan bandar dan off-road. Kemasan dalaman menggunakan material kalis air untuk permukaan kerusi dan pad lembut untuk panel instrumen. Varian ini mengetengah konsep rekabentuk kompak dan lasak.
- Luxe: Tampil elegan dan selesa pada masa sama menerusi penggunaan material kulit asli pada kerusi untuk sentuhan berkualiti dan pandangan mewah. Rupa luaran plat krom gaya platinum dan rim aluminium 16 inci digunakan untuk meningkatkan fiil kualiti tinggi.
Namun, trenkuasa paling diminati di Jepun ialah Hibrid (e:HEV) yang mencapai 72 peratus tempahan, manakala varian NESS paling kurang permintaan.
BACA >>> #Spyshot: Imej Sisi Honda Jazz Baharu Bocor Sebelum Lancar di Tokyo?
GALERI
SUMBER: Kabaroto
Leave a Reply