MASA dinanti-nanti akhirnya tiba! Proton Perdana 2016 secara rasminya akan diperkenalkan pada 14 Jun 2016 (Selasa) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sedia maklum, Proton Perdana 2016 juga dikhabarkan sudah tiba di kesemua bilik pameran apabila tersebarnya gambar segmen-D berkenaan di laman sosial.
2 PILIHAN ENJIN:
Bagi anda yang mungkin masih tidak tahu, Proton Perdana 2016 didatangkan dalam dua varian, 2.0L dan 2.4L. Buat masa ini, kesemua model Proton Perdana 2016 masih menggunakan enjin Honda Accord generasi ke-8.
Manakala penggunaan enjin baharu iaitu Petronas NE01 pula dijangka akan dipasang secara berperingkat pada penghujung 2017 atau awal 2018.
Bagi varian 2.4L, ia dipadankan dengan kotak gear transmisi automatik 5-kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 177hp dan tork puncak 222Nm. Manakala varian 2.0L pula dikuasakan dengan 154hp bersama tork puncak 189Nm.
BACA>>> Proton Perdana 2016 Bersiap Sedia Dilancarkan (+VIDEO)
Dari aspek rekaan pula, Proton Perdana 2016 hadir dengan rekabentuk tersendiri biarpun mengambil platform dari model Honda Accord. Tidak kira dari depan mahupun belakang, ia adalah berbeza dengan Accord.
Begitu juga dengan saiz Proton Perdana 2016. Ia lihat lebih panjang berbanding Honda Accord generasi ke-8. Proton Perdana 2016 memiliki panjang keseluruhan 5,020mm (Accord 4,849mm) dan lebar 1,845mm.
Cuma bahagian dalaman masih kekal sama seperti Accord. Boleh dikatakan hampir 90 peratus menyerupai Honda Accord generasi ke-8.
BACA >>> PROTON Perdana Edisi Limousine – Hanya ada 5 Unit di Malaysia
Harga jualan Proton Perdana 2016 masih menjadi tanda tanya. Berdasarkan maklumat dari Proton, kedua-dua varian ini akan dijual pada harga bermula RM100,000 hingga RM150,000.
Dari pemerhatian Pandulaju, kami anggarkan Proton Perdana 2.0L akan dijual pada harga sekitar RM118,000 manakala RM138,000 bagi varian 2.4L.
Bagi dapatkan maklumat lebih terperinci termasuk harga jualan, nantikan laporan penuh di PanduLaju sebaik saja majlis pelancaran Proton Perdana 2016 ini selesai Selasa depan.
Leave a Reply