• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: BNM Benarkan Tangguh Bayar Pinjaman 6 Bulan Automatik Mula 1 April

Covid-19: BNM Benarkan Tangguh Bayar Pinjaman 6 Bulan Automatik Mula 1 April

March 24, 2020 By Han Othman 21 Comments

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BANK Negara Malaysia (BNM) hari ini membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan secara automatik.

Keputusan baharu ini adalah inisiatif BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan akibat penularan Covid-19. Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan, bank pusat itu menyatakan moratorium automatik akan berkuat kuasa bermula 1 April ini.

Moratorium automatik itu adalah layak untuk pinjaman atau pembiayaan yang tidak tertunggak lebih 90 hari pada 1 April 2020 dan didominasi dalam ringgit.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu," kata BNM.

Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak lebih tiga tahun.

“Bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium," katanya.

SUMBER: BHOnline | TheEdgeMarkets

Related

5.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bank Negara Malaysia (BNM), BNM, Covid-19, Moratorium

Comments

  1. Chua says

    March 25, 2020 at 10:05 AM

    Macam mana dengan auto debit?

    Reply
  2. Vasu says

    March 25, 2020 at 2:53 PM

    Kalau ada akpk bagai mana

    Reply
  3. Rob says

    March 26, 2020 at 4:02 PM

    1.Adakah AKPK termasuk dalam penangguhan pinjaman
    2.Mengapa institusi pinjaman dan koperasi pinjaman tdk termasuk

    Reply
    • Abang GYL says

      March 26, 2020 at 4:19 PM

      Ya, AKPK benarkan penangguhan

      Reply
  4. Sheila says

    March 28, 2020 at 12:01 PM

    Kalau stop loan payment, ada tamban interest tak untuk loan rumah?

    Reply
    • Abang GYL says

      March 29, 2020 at 9:39 AM

      Depend pada bank

      Reply
  5. Faliq says

    March 30, 2020 at 1:25 PM

    Kalau nak teruskan pembayaran kena call bank atau buat je bayaran terus dekat cdm macam biasa

    Reply
    • Abang GYL says

      March 30, 2020 at 2:03 PM

      Maklumkan pada bank dan bayar seperti biasa

      Reply
  6. Berina says

    April 1, 2020 at 10:36 AM

    Perlukah mengisi apa2 borang untuk in?

    Reply
    • Abang GYL says

      April 1, 2020 at 11:34 AM

      Tidak perlu, ia adalah secara automatik

      Reply
  7. Maheran Salleh says

    April 1, 2020 at 4:50 PM

    Saya ada buat pinjaman peribadi di Aeon Bank Credit Service. Pertanyaan saya:
    1. Adakah pinjaman saya itu mendapat penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan kerana c0vind 19?

    Reply
    • Abang GYL says

      April 1, 2020 at 6:19 PM

      Tidak memandangkan AEON Credit bukan di bawah Bank Negara

      Reply
  8. Norhani says

    April 2, 2020 at 12:36 PM

    Bagaimana pinjaman koperasi yang lain, seperti kopenas. Kowaja dan bank mbsb ada penangguhan tak.

    Reply
  9. Hani says

    April 2, 2020 at 12:38 PM

    Bagaimana pinjaman koperasi yang lain, seperti kopenas. Kowaja dan bank mbsb ada penangguhan tak.

    Reply
    • Abang GYL says

      April 2, 2020 at 2:10 PM

      Itu perlu semak dengan koperasi berkenaan.

      Reply
  10. Khan says

    April 24, 2020 at 11:37 PM

    Saya ada buat pinjaman untuk membeli kenderaan di AEON adakah saya mendapat penangguhan pembayaran selama 6 bulan tersebut....?

    Reply
    • Abang GYL says

      April 24, 2020 at 11:39 PM

      Buat masa ini sebulan saja

      Reply
  11. Aliah Yusof says

    April 27, 2020 at 2:28 PM

    utk penangguhan 6 bulan tu perlu mohon ke?

    Reply
    • Abang GYL says

      April 27, 2020 at 9:28 PM

      Tidak, ia secara automatik

      Reply
  12. Nora bte atan says

    May 23, 2020 at 4:53 AM

    Adakah sya layak utk penangguhan 6 bln?

    Reply
  13. Thana says

    June 12, 2020 at 1:38 PM

    Saya ada pinjaman motorsika- di aeon ada 6 bulan tangguhan tak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev