MENYEDARI kesukaran orang ramai memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), atau dikenali umum sebagai 'road tax' bagi kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL), Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong mengumumkan pengecualian memperbaharui lesen memandu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkuat kuasa 25 Mac 2020.
Jika sebelum ini pemegang lesen diminta memperbaharui lesen secara atas talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP, tetapi semua itu kini dikecualikan bagi tempoh PKP.
Namun, pemegang lesen dinasihatkan membawa salinan sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh PKP. Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut wajib ada perlindungan insurans sah.
Pemegang lesen juga perlu memperbaharui lesen dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.
BACA >>> Selepas Lebih 20 Tahun Berlumba, Petrucci Baru Dapat Lesen Motor
LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN DAN GDL
Mengenai LKM kenderaan perdagangan dan GDL pula, menurut Kementerian Pengangkutan, isu keperluan mendapatkan kelulusan Puspakom dan pemandu kenderaan perdagangan untuk memperbaharui GDL, termasuk laporan kesihatan sah seperti diperlukan syarat permohonan pembaharuan lesen kenderaan komersial adalah tidak lagi berbangkit kerana keperluan memperbaharui lesen sudah dikecualikan sepanjang tempoh PKP.
Namun, pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan dalam tempoh 30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.
Kementerian sekali lagi mengingatkan, semua pemilik kenderaan perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian mesti memastikan kenderaan mempunyai perlindungan insurans sah sepanjang tempoh PKP. Sebarang aduan / pertanyaan sila e-mel kepada [email protected] , atau WhatsApp ke 019-2907723.
Hotline MOT: 1800-88-7723 (8am-8pm). Atau boleh hubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.
BACA >>> Covid-19: Jalan Raya Sesak di Lokasi Sekatan, Masih Ramai Ingkar
Dayang says
Roadtax tu ok ja. Jauh murah..
Insurance kereta tu yang Mahal.
Harap dapat ditangguh juga
Riell says
Slmt petang.. Sy ingin bertanya,, dlm tempoh pkpp ini sampai bila kelonggaran pada kenderaan yg cukai jalan sudah tamat tempoh dan untuk memperbaharui nya.. Adakah akan diambil tindakan bila ditahan pihk berkuasa.. Mohon pencerahan..
ajamira6060 says
saya dah beli insurans online utk motosikal,boleh tahu laman web mana saya boleh renew roadtax online tanpa perlu beratur panjang di jpj,utc,pejabat pos.