• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp

Honda CBR250RR (2020) Lancar Pertengahan Julai, Tambah 3hp

March 25, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

6.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari lalu, beberapa foto CBR250RR (2020) facelift bocor di alam maya yang dikatakan diambil ketika mesyuarat perniagaan dan wakil jualan Honda di Jepun.

Walaupun tidak banyak perbezaan berbanding model terdahulu, CBR250RR (2020) facelift ini tampil dengan warna badan putih-merah, fork terbalik (USD) dan rim sport emas, serta dwi-ekzos. Model ini juga khabarnya mendapat output kuasa baharu, iaitu 41hp, meningkat 3hp daripada model lama (38hp).

Angka kuasa itu mungkin sebagai persediaan berdepan cabaran model 4-silinder Kawasaki ZX-25R yang dijangka mampu meledakkan kuasa setinggi 45hp dan rev lebih 17,000rpm.

BACA >>> Honda Tambah Kuasa CBR250RR Facelift, Persediaan Hadapi Kawasaki ZX-25R

honda-cbr250rr-facelift-2020-jepun-2
honda-cbr250rr-facelift-2020-jepun-1

Terkini, portal permotoran Jepun, Young Machine menerima imej versi studio dengan beberapa perincian.Walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi, tetapi bahagian piston khabarnya akan dipertingkat dan turut dilengkapkan ciri klac anti-gelincir (A&S).

Begitu juga ciri Quick Shifter sebagai opsyen untuk anjakan transmisi lebih lancar. Bagaimanapun, tanda harga masih belum diketahui.

HONDA CBR250RR (2020)_2
HONDA CBR250RR (2020)_3

Harga ramalan untuk CBR250RR (2020) varian ABS dengan warna standard ialah ¥847,000 (RM33, 481), manakala triwarna ¥880,000 (RM34, 786). Young Machine kali ini berpeluang merakamkan varian Pearl White (putih) dan Grand Prix Red (merah).

Model itu dijadualkan diperkenalkan sekitar pertengahan Julai ini. Warna hitam pula pernah ditayangkan pada mesyuarat wakil jualan lalu.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Honda CBR250RR (2020) Facelift dengan Klac A&S

SUMBER: YoungMachine

Related

6.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR250RR, Honda CBR250RR (2020) Facelift, Honda Jepun, roda2, sportbike 250cc

Comments

  1. Jan says

    March 27, 2020 at 9:36 AM

    high spec ni, tapi sayang harga pun mahal betul. kalau 2 silinder harga sama dgn 4 silinder, konfem org akan beli yang 4 silinder.

    tapi malaysia x masuk, jadi x perlu difikirkan sgt haha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev