SEGALANYA masih samar dengan situasi semasa dunia yang sedang bergelut menangani wabak Covid-19 dan status samar-samar Kawasaki Motors Malaysia (KMM). Buat masa ini, masih tiada petunjuk meyakinkan dan tiada ramalan boleh dijangka.
Masuk atau tidak Kawasaki ZX-25R hanya boleh dipastikan apabila segalanya reda dan ada pengumuman rasmi dibuat membabitkan kerjasama Modenas dan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI). Kawasaki antara pengeluar yang berani melawan arus apabila memperkenalkan semula 'superbike mini' ikonik selepas ditamatkan pengeluaran sekitar 15 tahun lalu.
BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R Bakal Tawar Tiga Warna Pilihan, Termasuk Seragam KRT!
Bagi mengetahui lebih lanjut sebab Kawasaki membawa semula model itu, Young Machine menemubual individu penting Kawasaki, iaitu Pengurus Besar Jabatan Pemasaran, Motosikal dan Enjin Kawasaki, Eiko Kirino yang juga seorang pelumba.
1. Apakah Tujuan Pembangunan Semula dan Konsep Ninja ZX-25R?
Sehingga kini, kelas 250cc dibangunkan dengan sasaran meluaskan barisan segmen itu, termasuk mencari keseronokan. Jadi, gred ciri perlu dipertimbangkan untuk dipertingkat. Konsep ZX-25R adalah lebih keseronokan dengan ciri bergred lebih tinggi untuk tunggangan bandar dan litar.
Saya juga sedar tentang motosikal yang boleh dinikmati dalam kelas perlumbaan aras mula, seperti WSS300 yang diadakan di pusingan Eropah dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
2. Adakah ZX-25R Akan Jadi Jentera Gred Tinggi Berbanding 250cc Lain?
Ya, di Asia Tenggara kami anggap ia lebih ekonomi. Indonesia ialah pasaran besar, tetapi minat di Jepun lebih tinggi berbanding apa kami jangka.
3. Pada Musim Bunga 2017, Kawasaki Indonesia Buat Soal Selidik di Laman Web. Adakah ZX-25R Dibangunkan Berdasarkan Permintaan Tempatan?
Sebaliknya, itu cadangan Kawasaki dan bukan permintaan orang tempatan. Apabila anda menunggang, anda kena fikir ada banyak dunia (negara) lain. Juga ada ramai orang menunggang motosikal besar berbeza. Saya fikir ia menyeronokkan.
4. Perasaan Menunggang 4-silinder 250cc Sekarang Lebih Unik
Motosikal itu kini lebih berkuasa dan mahal, serta kekangan sangat tinggi. Saya fikir sportbike ini sepatutnya boleh dinikmati dengan lebih mudah. Ninja ZX-25R adalah 4-silinder lama pada masa lalu, dan penekanan diletakkan pada julat rpm tinggi, dan julat rpm rendah yang kadangkala jarang, tetapi model ini mampu capai hingga 17,000rpm, itu sudah cukup!
5. Apakah Asas Teknologi Digunakan?
Kami guna macam-macam teknologi, termasuk terotel kawalan elektronik yang mungkin tidak sepopular supercas, tetapi kami membangunkannya dengan melakukan banyak usaha."
6. Regulasi Alam Sekitar Seperti Asap Ekzos Lebih Ketat Berbanding Sebelumnya, Adakah Teknikal Begitu Sukar?
Ya, regulasi umumnya akan jadi semakin ketat dan pelbagai teknologi sudah berkembang. Contohnya, W800 yang juga menggunakan sistem penyejukan udara, tetapi tetap lulus syarat regulasi, dengan fiil menunggang dipertingkat. Ada beberapa teknologi asas semakin bertambah baik.
BACA >>> Harga Kawasaki ZX-25R Bocor di Indonesia, Harga Selepas Cukai Cecah RM36k!
7. Adakah Spesifikasi Agak Berbeza Antara Indonesia dan Jepun?
Spesifikasi berbeza, kami tidak dapat kelulusan, jadi kami tidak boleh umumkan. Sepatutnya tiada banyak perbezaan.
8. Bercakap Tentang 4-silinder 250cc, Bunyi yang Dihasilkan Menarik
Bunyi itu sangat mantap dan padu, saya begitu yakin kerana saya sangat cerewet tentang pembangunan projek ini. Nantikan kerana kami juga menawarkan Kawalan Traksi (KTC) dan Quick Shifter yang terbaik.
9. Kami Memang Tak Sabar Tunggu Pelancaran Rasmi
Saya harap anda dapat menikmati karakter dan kenikmatan berbeza dari enjin dwi-silinder. Kami sedang bersedia untuk pasaran domestik, jadi sila tunggu dan nantikan kemunculannya!
BACA >>> #Videotomotif: Kawasaki Ninja ZX-25R Baru Gear 5 Sudah 160kmj, 17,000rpm!
SUMBER: YoungMachine
Jan says
jadi secara umumnya, kawasaki keluarkan balik motor ni sbb suka suka je? haha kawasaki mmg dah jadi macam Honda dulu2, ikut passion dan jiwa sendiri, untuk hasilkan sesuatu yang berbeza dari yang lain.
Sayangnya honda dah x macam dulu lagi. terlalu korporat. kalau honda dulu, selamba je racing pakai 250 6 silinder.