DRB-HICOM Berhad melaporkan seorang lagi kakitangannya disahkan positif Covid-19. Kakitangan tersebut bertugas di Composites Technology Research Malaysia (“CTRM”) di Batu Berendam, Melaka.
Rekod pergerakan menunjukkan beliau dijangkiti virus Covid-19 setelah menghadiri perkahwinan sepupunya di Putrajaya pada Sabtu, 7 Mac 2020.
Pada 18 Mac lalu, beliau diberitahu bahawa pasangan pengantin dan seorang sepupu yang lain telah disahkan positif Covid-19.
Kakitangan tersebut kemudiannya diperiksa di Hospital Melaka, dan walaupun beliau didapati negatif pada ujian pertama, ujian kedua menghasilkan laporan positif Covid-19.
Bagaimanapun, ujian berkenaan mendapati kesemua ahli keluarganya (isteri dan dua orang anak) tidak menghidapi virus itu.
Kakitangan itu kini sedang dirawat di sebuah hospital, dan proses mengesan senarai hubungan sedang dijalankan, termasuklah kalangan rakan sekerja dan ahli keluarga. Manakala kerja pembersihan dan pembasmian kuman CTRM akan dilakukan dalam waktu terdekat.
Sebelum ini, DRB-Hicom memaklumkan kejadian pertama menimpa kakitangannya yang bertugas di Pekan, Pahang pada minggu lalu. Berdasarkan status terkini, kakitangan berkenaan sudah beransur pulih dan ujian terbaharu menunjukkan ia bebas dari virus Covid-19.
BACA >>> Covid-19: Seorang Kakitangan DRB-HICOM Positif Virus
BACA >>> Dah Balik Kampung, Jangan Gatal Datang KL Sampai 31 Mac!
BACA >>> Covid-19: Tidak Mustahil Kena Berkurung 2 Bulan Lagi Kalau Masih 'Ketegaq'
Leave a Reply