• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Geely Derma Bantuan Perubatan ke Eropah, Malaysia

Covid-19: Geely Derma Bantuan Perubatan ke Eropah, Malaysia

March 24, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

661
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding) dan Yayasan Kebajikan Li Shufu memulakan penghantaran segera bekalan perubatan ke Eropah dan Asia Tenggara yang sedang berdepan wabak Covid-19.

Kumpulan pertama sumbangan bekalan perubatan diterbangkan ke Sweden dan Jerman  pada 23 Mac (semalam) untuk diedar ke hospital.

Malaysia juga tidak terkecuali yang mana Geely Holding ialah rakan strategik kepada pengeluar kereta nasional, Proton di peringkat kumpulan. Geely akan mendermakan kit ujian dan topeng kepada hospital dan pusat rawatan yang memerlukan.

BACA >>> Selepas Kereta, Geely Mahu Buat Satelit Pula!

Pada awal Januari lalu, Geely Holding dan Yayasan Kebajikan Li Shufu menubuhkan tabung berjumlah 200 juta yuan (RM125 juta) bagi menyokong langkah pencegahan dan pengawalan Covid-19.

Yayasan ditubuhkan pengasas Geely Holding itu akan membeli dan mengagihkan bekalan perubatan penting seperti peralatan perlindungan diri (PPE), kit ujian, topeng, dan mesin ventilator kepada kawasan terjejas teruk. Disebabkan Geely dan subsidiari mempunyai operasi di negara terjejas, tindakan tersebut dilihat sesuatu yang wajar dilakukan.

Selain bantuan Geely Holding dan Yayasan Kebajikan Li Shufu, subsidiari Geely serata dunia turut memberikan bantuan kepada masyarakat tempatan yang terjejas.

Coronavirus-supplies-1
coronavirus-supplies-2
Coronavirus-supplies-3
geely-subsidiari

BERIKUT APA DILAKUKAN SUBSIDIARI GEELY

  • Volvo Cars di Sweden dan Geely Sweden menderma lebih 12,000 topeng perubatan kepada hospital setempat.
  • Benelli Motorbikes memulakan penghantaran topeng dari China ke kawasan terjejas di Itali.
  • Geely Auto Technical (Deutschland) berhampiran Frankfurt bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengedarkan topeng perubatan dan sarung tangan.
  • London Electric Vehicle Company (LEVC) memulakan inisiatif memberikan penangguhan bayaran tiga bulan kepada pemandu di Britain.

Disebabkan situasi semakin reda di China, Geely Holding tidak melupakan bantuan diterima rakan-rakan serata dunia kerana wabak yang melanda dunia ketika ini mesti dilawan bersama.

Selain Geely, China adalah negara terawal menghantar sumbangan ke Malaysia. Antara peribahasa digunakan pada lori penghantaran bantuan ialah "Bukit sama didaki, lurah sama dituruni".

BACA >>> Covid-19: Geely Jual Kereta Secara Online untuk Pembeli China

Related

661
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantuan Covid-19, Covid-19, Geely, Geely Holding, Geely Holding Group, Proton, Subsidiari Geely, Yayasan Kebajikan Li Shufu, Zhejiang Geely Holding Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev