• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Rebah di Shell Batu Caves Sah Positif Arak, Bukan Covid-19

Penunggang Rebah di Shell Batu Caves Sah Positif Arak, Bukan Covid-19

March 21, 2020 By Aryon Leave a Comment

110.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menafikan dakwaan video tular yang merakamkan seorang lelaki yang tertiarap di sebuah stesen minyak di Batu Caves, Kuala Lumpur, semalam adalah akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP, Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati, lelaki tersebut terjatuh daripada motosikalnya dan tertiarap kerana mabuk.

"Ada bau arak pada badan lelaki itu dan beliau mengalami kecederaan di lutut kerana terjatuh. Lelaki berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan individu yang menyebarkan rakaman video berdurasi 15 saat di media sosial itu.

"Orang ramai diingatkan untuk tidak menyebarkan berita yang tidak dipastikan kesahihannya," katanya.

Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan meminta orang ramai supaya tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat palsu berkenaan.

"Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," menurut kenyataan itu.

BACA >>> Mabuk Punca Myvi Masuk Rel Kereta Api Kerana Sangka Pengadang Plaza Tol

SUMBER: Bernama

Related

110.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Arifai Tarawe, Berita Palsu, Covid-19, Penunggang Mabuk, Penunggang Mabuk Jatuh Motor, Shell Batu Caves

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my