• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Vespa GTS SuperTech 300 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM30k

Vespa GTS SuperTech 300 (2020) Lancar di Jepun, Harga RM30k

March 21, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIAGGIO Group Japan Co Ltd mengumumkan ketibaan varian Vespa paling berkuasa dalam siri famili GTS, iaitu SuperTech 300 (2020) dan tempahan kini dibuka menerusi rangkaian pengedar Vespa seluruh Jepun.

GTS SuperTech 300 (2020) menerima rekabentuk lebih segar dengan bentuk panel 'tali leher' lebih panjang berbanding model 2019 yangsebenarnya adalah penutup hon. Beberapa komponen seperti pelindung kaki, bentuk hendal dan komponen krom depan, termasuk cermin pandang sisi turut direka baharu.

BACA >>> 5 Fakta Pantas: Vespa GTS 300 HPE yang Paling Berkuasa dalam Sejarah Vespa

Bahagian sisi menggunakan rekaan sarang lebah (honeycomb) hitam pada gril sisi radiator. Ada dua pilihan warna ditawarkan, hitam dan kelabu dengan kemasan aksen kuning pada 'tali leher', spring absober depan dan sulaman pelana.

GTS SuperTech 300 (2020) menggunakan panel meter dengan skrin TFT berwarna 4.7 inci untuk paparan maklumat digital seperti sipometer, odometer, suhu, baki petrol dan lain-lain.

Beberapa lampu amaran dipasang pada kiri dan kanan skrin TFT sebagai peringatan kepada penunggang jika ada masalah mekanikal. Sistem lampu menggunakan unit LED penuh di depan dan belakang.

Trenkuasa pula dijana enjin HPE 4-lejang silinder tunggal 278cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api berkuasa 23.8hp @ 8,250rpm dan tork 26Nm @ 52,50rpm, manakala transmisi jenis automatik. Kuasa dihasilkan adalah tertinggi dalam sejarah model Vespa.

GTS SuperTech 300 (2020) dilengkapi ciri kawalan traksi (ASR) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Sistem brek menggunakan cakera tunggal di depan dan belakang. Skuter ini dijual pada harga 770,000 yen (RM30,400), termasuk cukai 10 peratus. Penghantaran kepada pelanggan akan bermula awal April nanti.

BACA >>> Langkah Kurangkan Pencemaran, Itali Larang Vespa Lama Masuk Bandar

GALERI

SUMBER: BikeBros

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Jepun, Piaggio, roda2, skuter, Vespa, Vespa GTS Super Tech 300 (2020), Vespa Japan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my