• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: Kaunter Ubat Pandu Lalu Dibuka untuk Orang Segamat

Covid-19: Kaunter Ubat Pandu Lalu Dibuka untuk Orang Segamat

March 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA pusat kesihatan di Segamat, Johor mengambil langkah bijak dengan membuka kaunter pandu lalu kepada orang ramai yang mahu mendapatkan ubat-ubatan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Dua kaunter ubat itu, dipanggil 'Locker For You', dibuka di Klinik Kesihatan di Jalan Segamat ke Jementah, dan satu lagi di lokasi parkir kenderaan di Hospital Segamat.

KAunter ubat pandu lalu Segamat (2)
KAunter ubat pandu lalu Segamat (1)

Pengarah Hospital Segamat, Azhar Mohd Sali berkata, berada dalam kenderaan dengan mengasingkan diri dari orang ramai ketika mengambil ubat di kaunter pandu lalu secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.

“Ia diwujudkan kira-kira empat tahun lalu bagi mengatasi kesesakan di kaunter ubat hospital dan terbukti berhasil memudahkan orang ramai.

“Pada masa sama, ia turut membantu menjimatkan masa ketika berurusan kerana menerusi kaunter pandu lalu akan dapat selesai tidak sampai lima minit,” kata Azhar ketika ditemui di pejabat di Segamat.

Kaunter pandu lalu itu mampu mengurangkan kapasiti orang ramai di kaunter ruang menunggu di farmasi hospital. Kepada mereka yang berada di sekitar Segamat, anda boleh mendapatkan ubat-ubatan diperlukan menerusi kaunter pandu lalu itu dengan hanya menunjukkan preskripsi sah daripada mana-mana doktor hospital.

BACA >>> Covid-19: Seorang Kakitangan DRB-HICOM Positif Virus

SUMBER: HMetro

Related

212
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Azhar Mohd.Sali, Covid-19, Hospital Segamat, kaunter ubat pandu lalu, Locker For You, Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP), PKP, Wabak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev