• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kereta Tanpa Pemandu Bakal Jadi Realiti, Google Buka Pusat Penyelidikan

Kereta Tanpa Pemandu Bakal Jadi Realiti, Google Buka Pusat Penyelidikan

June 10, 2016 By admin.pandulaju Leave a Comment

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kenderaan-autonomi-google

TERLETAK 30 batu dari barat laut Detroit, Novi di Michigan, kemudahan seluas 53,000 kaki menjadi lokasi pilihan Google untuk membina kemudahan penyelidikan projek kereta pandu sendiri atau autonomi. Pemilihan lokasi tersebut membolehkan Google menjalinkan hubungan rapat dengan pembekal automotif lain yang turut berada berhampiran Detroit.

Walaupun Google memiliki kenderaan prototaip pandu sendiri yang siap dibina di Michigan oleh syarikat kejuruteraan Roush, tetapi bagi syarikat enjin pencari itu, kini sudah tiba masanya untuk bermula daripada asas. Walaupun jumlah pelaburan dan bakal pekerja yang diambil masih lagi dirahsiakan, Google membayangkan mengupah pakar dalam pembangunan kenderaan dan kejuruteraan.

Trek Mcity dibuka Universiti Michigan
Trek Mcity dibuka Universiti Michigan
Chrysler Pacifica
Chrysler Pacifica

Google mendakwa akan berpindah ke fasiliti di Novi tahun ini. Di Michigan, Google sudah memiliki trek ujian, dipanggil Mcity yang direka khusus untuk kenderaan autonomi. Projek pertama dijalankan di fasiliti tersebut adalah hasil kerjasama Fiat Chrysler Automobiles NV menerusi pembangunan 100 van mini hibrid, Chrysler Pacifica dengan menggunakan teknologi kenderaan autonomi milik Google.

Google menjalan kajian mengenai kenderaan pandu sendiri sejak lebih enam tahun dan kereta autonomi yang dibangunkan itu kini sudah dipandu sejauh lebih 2.51 juta km sepanjang April. Antara lokasi ujian kenderaan ialah Kirkland, Washington, California dan Texas di Amerika Syarikat (AS).

SUMBER: Google

Related

34
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Chrysler Pacifica, Chrysler Pacificas, Fiat Chrysler Automobiles NV, Google

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev