• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron

Tak Dapat Main Bola, Pemain Man City Ini Siap Pasang LEGO Bugatti Chiron

March 21, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BINTANG bola sepak Manchester City, Nicolas Otamendi menyiapkan LEGO Bugatti Chiron bagi memanfaatkan masa terluang dek perintah berkurung berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.

Bugatti Chiron ialah model supercar yang dipacu enjin 8.0L pengecasturbo kuad W16 berkuasa 1,479hp @ 6,700rpm dan tork 1,600Nm @ 2,000-6,000rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan, manakala kelajuan maksimum 260kmj dan pecutan 0-100kmj mampu dicapai sepantas 2.5 saat. Harga hypercar tersebut bernilai sekitar £2.5 juta (RM12.8 juta).

Jika melihat laman web rasmi LEGO, harga model mainan kubikel itu ialah £329.99 (RM1,690). Sudah tentu harga itu bukan masalah besar buat Otamendi.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19

Pemain pertahanan itu mengakui, seseorang itu perlu memiliki kesabaran tinggi untuk menyiapkan model gergasi itu yang terdiri daripada 3,599 kubikel. Otamendi bagaimanapun tidak mendedahkan berapa lama masa yang diambil untuk menyempurkan LEGO tersebut.

Namun berdasarkan status Twitter, "Quarentine days with @lego #StayAtHome", projek LEGO itu bermula sepanjang hari kuarantin, dan dia dilihat sudah bertukar sekurang-kurangnya sembilan pakaian.

Quarentine days with @lego 🤪🚙 🤘🏻
#StayAtHome

Días de cuarentena con @lego 🤪🚙🤘🏻#QuedateEnCasa pic.twitter.com/ETMDyiJ5pd

— Nicolas Otamendi (@Notamendi30) March 18, 2020

Related

138
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: Auto Terkini, Bugatti Chiron, Covid-19, LEGO, LEGO Bugatti Chiron, Manchester City, Nicolas Otamendi, Wabak Koronavirus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my