• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Akio Toyoda: Pengeluar Automotif Jepun Perlu Tenang, Senyum Hadapi Covid-19

Akio Toyoda: Pengeluar Automotif Jepun Perlu Tenang, Senyum Hadapi Covid-19

March 20, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Toyota, Akio Toyoda yang juga Ketua Automotif Jepun berkata, pandemik global akibat penularan Covid-19 yang sedang berlaku sekarang diakui memberikan kesan pada pengeluaran dan jualan kenderaan seluruh dunia.

Namun, Toyoda memberi janji kilang-kilang di Jepun akan melakukan sebaik mungkin untuk kekal beroperasi menerusi pengeluaran kereta dan trak.

"Pengeluaran akan diteruskan, jika tidak kami akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada pelanggan dan kami tidak akan menghentikan operasi pemasangan," katanya yang juga menjadi Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA).

Toyoda mengakui beberapa pelarasan output perlu dilakukan disebabkan penurunan permintaan dan bekalan terhad. Contohnya, Nissan melaksanakan penggantungan berkala di beberapa kilang Jepun berikutan kekurangan alat ganti, manakala Honda memperlahankan pengeluaran beberapa model di negara itu.

Bagaimanapun, Toyoda menggesa industri automotif Jepun untuk kekal tenang dan bekerjasama menghadapi krisis Covid-19.

Toyota Motor Co. Plans To Cut Most Internal-Combustion Engines By 2050
Kilang Toyota_2
Kilang Toyota_4

"Jangan bimbang terlalu banyak, tetapi bersungguh-sungguh dan saling membantu. Pada masa ini, kita perlu tersenyum dan buat segala yang kita mampu untuk mengatasi keadaan ini, jadi senyum, senyum," katanya.

Tambahnya, terlalu awal untuk meramalkan kesan buruk yang bakal dihadapi dan jangka masa gangguan industri akan berlangsung. Kebiasaannya pertubuhan berkenaan akan melancarkan ramalan jualan pasaran domestik Jepun untuk tahun fiskal mulai 1 April.

"Orang akan bertukar negatif jika mereka berfikir dengan serius tentang perkara-perkara yang tidak dapat dikawal dan faktor terbesar di sebalik keadaan ekonomi semasa ialah keresahan orang ramai kerana ketidakpastian," jelasnya.

BACA>>>Covid-19: Honda Malaysia Henti Operasi Sementara Sampai Hujung Bulan Ini

Covid-19_1
Kilang Toyota_1
Covid-19_2

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas Toyota dan banyak pengeluar automotif global lain bertindak menghentikan pengeluaran dalam usaha mengelak penularan Covid-19.

Toyoda menjelaskan pandemik global itu turut membuka mata industri kepada keperluan menyesuaikan diri dengan cara kerja baharu seperti telekerja dan menampung kerja jauh berskala besar.

BACA >>> Mainan Tomica Toyota Celica Buat Ketua Jurutera Type R Jatuh Cinta Pada Kereta

SUMBER: AutoNews

Related

146
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, Auto Terkini, Covid-19, Pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA), Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA), Toyota, virus covid, wabak covid-19

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev