• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Land Rover Discovery Sport Kini di Malaysia, Harga Mula RM379k

Land Rover Discovery Sport Kini di Malaysia, Harga Mula RM379k

March 19, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JAGUAR Land Rover Malaysia memperkenalkan Land Rover Discovery Sport dalam dua varian untuk pasaran tempatan yang mana pilihan varian baharu ialah Discovery Sport R-Dynamic dengan dua konfigurasi 5-kerusi dan 5+2-kerusi.

1. Harga Land Rover Discovery Sport R-Dynamic berbeza mengikut konfigurasi kerusi:

  • RM379,800 - 5-kerusi
  • RM409,800 - 5+2-kerusi

* Harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan

2. Rekabentuk kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak ini diserlahkan menerusi siluet lebih sporty dan wajah garang dengan padanan lampu LED depan dan belakang.

3. Dijana enjin petrol 2.0L Turbo Ingenium dengan transmisi ZF 9-kelajuan. Nisbah gear ditala rapat untuk memberikan respons pecutan terbaik selain menjimatkan bahan api dan mengurangkan bunyi bising enjin.

4. Ciri kabin dilengkapkan unit infotainmen skrin sentuh Touch Pro 10 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto berserta fungsi antaramuka mesra pengguna yang mudah dioperasikan seperti peranti iPad. Pengguna juga boleh mengawal sistem penyaman udara dan teknologi Terrain Response 2 untuk mengoptimumkan prestasi pemanduan mengikut kondisi muka bumi.

BACA >>> #Videotomotif: Land Rover Discovery Sport Ini Mampu Tunda Kereta Api Seberat Lebih 100 Tan

5. Paparan Pemanduan Interaktif (IDD) 12 inci adalah ciri standard yang memaparkan maklumat penting pemanduan seperti data keselamatan, navigasi, media dan sebagainya.

6. Paparan dongak (HUD) generasi kedua memaparkan maklumat seperti spidometer, indikator gear dan navigasi menerusi grafik warna.

7. Dilengkapkan dengan ciri pengecasan wayarles di konsol tengah.

8. Dibekalkan teknologi pintar, ClearSight Ground View untuk memberikan pemandangan jelas ketika memandu di kawasan sukar, parkir sempit dan sebagainya.

9. Discovery Sport dipakejkan dengan ciri keselamatan lengkap seperti berikut:

  • 7 beg udara
  • Bantuan Parkir (PA)
  • Brek Kecemasan Halaju Tinggi (HSEB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif ()ACC
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Pemantau Kondisi Pemandu (DCM)
  • Kamera 360°
  • Wade Sensing - sensor redah air (lihat video atas)

10. Produk Jaguar Land Rover dipakejkan dengan program Land Rover Care, iaitu waranti 5 tahun atau perbatuan 150,000km, servis 5 tahun dan bantuan jalanan 3 tahun.

BACA >>> Land Rover Discovery Sport Kini dengan Pilihan Enjin Petrol 2.0L Ingenium (RM379,800)

GALERI
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-5
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-3
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-2
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-4
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-7
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-1
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-6
Land Rover Discovery Sport R-Dynamic-8

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jaguar Land Rover (JLR), Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM), Land Rover Care, Land Rover Discovery Sport, Land Rover Discovery Sport R-Dynamic, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev