• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia Bangunkan Teknologi Fork Anti-Junam

Aprilia Bangunkan Teknologi Fork Anti-Junam

March 18, 2020 By Admin PanduLaju 1 Comment

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA dilaporkan sedang membangunkan sistem suspensi anti-junam, dinamakan Aprilia Anti-Dive (AAD) yang menggunakan cecair hidraulik dalam fork. Teknologi tersebut menggunakan komponen pautan (linkage) mekanikal yang dipasangkan luar suspensi [73].

Menurut portal Bennetts, sistem brek dengan kaliper radial, iaitu braket mounting [56]  boleh berpusing beberapa darjah (º) pautan spindel roda depan dan pautan yang menghubungkan kaliper ke bahagian atas fork.

Apabila brek diaplikasikan, kaliper dan braket akan berpusing mengikut arah tayar dengan menghantar tekanan brek kepada pautan fork [73]. Daya itu berfungsi melawan gerakan junam. Namun bukan semudah itu, Aprilia turut menambah pautan yang akan mengemas kini tahap anti-junam mengikut jumlah tekanan fork.

Aprilia turut membangunkan pautan yang boleh mempelbagaikan 'gaya anti-junam' mengikut seberapa keras penunggang membrek. Jadi, antara kaliper braket [56] dan rod pautan  [73], ada tambahan pautan [68] seakan garis parit seperti slot lekuk sebagai perumah roller [80,84] yang bergerak dalam 'parit' itu.

Rekabentuk parit itulah yang akan mempelbagaikan gaya anti-junam. Ini memberikan kesan junam yang berbeza ketika membrek mengejut. Teknologi ini mampu mengelak situasi fork tenggelam hingga menjejaskan kestabilan ketika membrek mengejut.

BACA >>> Lakaran Paten Pengganti Hayabusa Bocor?

Seberapa dalam fork tenggelam adalah bergantung kepada rekabentuk sesebuah model motosikal. Fenomena itu sudah cuba ditangani banyak pengeluar. Contohnya Suzuki memperkenalkan ANDF (Anti Nose Dive Forks), Kawasaki AVDS (Automatic Variable Damping System) dan Honda TRAC (Torque Reactive Anti-dive Control).

Namun sistem Aprilia ini menggunakan cecair hidraulik dalam fork yang secara mekanikal membuatkan redaman jadi lebih keras, terutama ketika membrek kuat.

BACA >>> Kawasaki Patenkan Teknologi Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) untuk Motosikal

Related

334
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Anti-Junam, Aprilia, Aprilia Anti-Dive, Auto Terkini, autotainment, Fork Anti-Junam, Gambarajah Paten, paten, roda2, sistem suspensi, suspensi, Suspensi Anti-Junam, Teknologi Motosikal

Comments

  1. Jan says

    March 18, 2020 at 10:16 PM

    Menarik bila tgk ada perkembangan baru dalam dunia motosikal, maklumlah reka bentuk motosikal hampir tak berubah sejak sekian lama.

    mungkin BMW boleh majukan semula Telelever suspension mereka, dan mungkin lebih banyak perlumbaan perlu menggalakkan penggunaan hub center steering 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my