• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Covid-19: GrabFood Kekal 'ON' untuk Pelanggan Malaysia

Covid-19: GrabFood Kekal 'ON' untuk Pelanggan Malaysia

March 17, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (restriction of movement) dilaksanakan seluruh Malaysia berkuat kuasa esok, 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 ini.

Ini melibatkan semua sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), premis Kerajaan atau swasta, termasuk restoran dan kedai makan tepi jalan juga diarahkan tutup buat sementara waktu.

Bagaimanapun, syarikat start-up tempatan, Grab Malaysia hari ini mengumumkan perkhidmatan dibawah Grab seperti GrabFood, GrabMart, GrabExpress dan GrabTransport akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

Menurut kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook GrabMalaysia, syarikat terus komited dalam membantu semua pemandu, rakan penghantar, rakan dagang, penumpang dan staf dalam menghadapi situasi serba mencabar ketika ini. Mereka juga akan terus memaklumkan segala perkembangan atau perubahan dari semasa ke semasa.

Sebagai makluman, walaupun restoran dan kedai makan ditutup, tetapi perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi macam biasa. Jadi, tidak perlu panik mengenai isu kehabisan stok makanan. Ini kerana makanan boleh ditempah menerusi aplikasi mobil atas talian, GrabFood.

BACA >>> GrabFood Rancang Luaskan Jaringan Perniagaan di 19 Bandar Baharu di Malaysia

grab-logo
https://www.retailnews.id/wp-content/uploads/2016/07/grabbike.jpg
Grabfood (3)

SUMBER: FBGrabMalaysia

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Covid-19, grab, Grab Malaysia, GrabExpress, GrabFood, GrabMart, GrabPay, GrabTransport, Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Wabak Koronavirus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev