• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Grom (2020) Cuma Tawar Dua Warna Baharu di Jepun, Gaya Masih Sama

Honda Grom (2020) Cuma Tawar Dua Warna Baharu di Jepun, Gaya Masih Sama

March 17, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Japan menawarkan dua pilihan warna baharu untuk model funbike Grom (2020), iaitu Ross White (putih) dan Axis Gray Metallic (kelabu).

Model Ross White menampilkan skema latar badan putih dengan aksen merah yang memisahkan fairing depan dan belakang, nampak lebih sporty. Kaliper brek merah menyerlahkan lagi penampilan motosikal ini.

Model Axis Gray Metallic pula nampak lebih mewah dan menawan dengan keseluruhan badan termasuk bahagian kepala disalut tona kelabu. Cuma panel sisi diberikan aksen warna tembaga. Tambahan lain ialah dekal perak dan tembaga.

BACA >>> Honda Grom 2017 Kini Berwajah Lebih 'Fresh', Tetapi Khas Pasaran AS Sahaja

Enjin Grom (2020) disadur cat hitam termasuk rim, manakala pelana dan swimgarm juga hitam. Bahagian kaliper brek juga merah, sama seperti model putih.

Nampaknya tiada pembaharuan signifikan seperti dihebohkan sebelum ini tentang rekabentuk lampu depan baharu. Cermin sisi motosikal masih berbentuk bulat, mewarisi gaya kapcai Honda C50 Super Cub 1960-an.

Honda Grom 1
Honda Grom 4
Honda Grom 8
Honda Grom 17

Trenkuasa Grom (2020) dijana enjin 124cc SOHC dengan sistem penyejukan udara berkuasa 9.6hp @ 7,000rpm dan tork 11Nm @ 5,250rpm.

Honda Japan mengesyorkan harga jualan Grom (2020) 363,000 yen (termasuk cukai penggunaan) (RM14,389) seunit. Bagaimanapun, ini belum kira harga insurans, cukai lain dan yuran pendaftaran.

BACA >>> Dokumen Paten Honda MSX125 Facelift Bocor, Kini Lampu Bulat

GALERI
Honda Grom 10
Honda Grom 16
Honda Grom 11
Honda Grom 15
Honda Grom 14
Honda Grom 13
Honda Grom 12
honda-grom-2020-jepun
Honda Grom 6
Honda Grom 5
Honda Grom 1
Honda Grom 2
Honda Grom 4
Honda Grom 8
Honda Grom 7
Honda Grom 17
Honda Grom
Honda Grom 3

SUMBER: Honda Jepun

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Grom (2020), Honda Japan, roda2, sportbike, streetbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev