SEDIA maklum, Honda Civic baharu akan diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada Khamis ini, 9 Jun 2016. Sebelum tiba hari pelancaran itu, apa kata kita kenali dahulu dengan lebih mendalam sambil melayan gambar yang sempat dirakamkan ketika di Bangkok Motor Show 2016, baru-baru ini.
1. DUA PILIHAN ENJIN
Buat pertama kali Honda Civic baharu didatangkan dengan enjin 1.5L Turbo yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 173hp pada 5,500rpm bersama tork puncak 220Nm (1,700 – 5,500rpm). Civic generasi ke-10 itu juga ditawarkan dengan enjin 1.8L i-VTEC dengan hamburan kuasa 141hp pada 6,500rpm dan tork 174Nm (5,500rpm).
2. WARNA BAHARU
Lebih menarik, Honda Malaysia turut memperkenalkan warna baharu iaitu Lunar Silver Metallic yang akan dipadankan pada Civic baharu ini.
3. REMOTE ENGINE START
Kini anda mampu menghidupkan enjin tanpa perlu masuk ke dalam kenderaan. Hanya menggunakan alat kawalan jauh (sejauh 40m), enjin kereta bersama penghawa dingin akan dihidupkan. Untuk keselamatan, pintu kereta masih dalam keadaan berkunci walaupun enjin hidup.
BACA>>> (GALERI) Honda Civic 2016 – Ditawarkan 2 Pilihan Enjin 1.8L & 1.5L Turbo
BACA>>> Infografik: 9 Generasi Honda Civic, Hampir Separuh Abad Cipta Nama
4. CIRI TEKNOLOGI TERKINI
Mahu menjadi terbaik antara terbaik, Honda Civic baharu disematkan pelbagai ciri dan teknologi terkini. Antaranya, brek parkir elektronik bersama fungsi pemegang brek auto (auto brake hold) dan kunci auto pergi (walk away auto lock), di mana pintu terkunci automatik apabila pemandu berjalan melebih jarak 2.5 meter dari kereta.
5. REKAAN LEBIH MENARIK
Jika dibandingkan generasi terdahulu, Honda Civic baharu ini tampak lebih menarik. Baik bahagian hadapan ataupun belakang, sedan ini mampu membuatkan sesiapa saja terliur.
6. PENGHAWA DINGIN BELAKANG
Bagi pasaran Malaysia, Honda Civic baharu dipadankan dengan penghawa dingin belakang yang tiada di pasaran Thailand.
Bagi dapatkan maklumat lebih terperinci termasuk harga jualan, nantikan laporan penuh di PanduLaju sebaik saja majlis pelancaran Honda Civic baharu ini selesai Khamis ini. Sebelum itu, kita layan dulu galeri gambar Honda Civic baharu bagi pasaran Thailand.
Leave a Reply