• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mexico 1000: Vespa Sertai Lumba Rali Sejauh 1,600km di Mexico

Mexico 1000: Vespa Sertai Lumba Rali Sejauh 1,600km di Mexico

March 11, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PASUKAN Tutto Mondo Racing dari Itali akan menyertai perlumbaan off-road dari utara ke selatan Mexico sejauh 1,600km dengan menggunakan dua jentera Vespa.

Kejuaraan dikenali sebagai Mexico 1000 itu ialah sukan lumba rali anjuran Persatuan Perlumbaan Off-Road Amerika Utara (NORRA) yang bakal berlangsung tujuh hari membabitkan jarak trek sejauh 1,000 batu (1,600km).

BACA >>> Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia

Perlumbaan itu akan merentasi Semenanjung Baja California di Mexico, bermula Ensenada ke San Felipe, Guerrero Negro, Bahia de Los Angeles, Loreto, dan La Paz sebelum tamat di San Jose del Cabo.

Tutto Mondo Racing merekrut pelumba Leonardo Pilati, yang pernah memenangi banyak kejuaraan lumba membabitkan Vespa di Eropah dan Ketua Kelab Vespa Sentral Itali, Pietro Bologna.

BACA >>> #BikinMotor: Vespa Primavera Gaya American Muscle untuk Ekstra Garang!

Skuter Vespa menjadi jentera lumba dua pelumba itu sudah menjalani proses pengubahsuaian minimum seperti pemasangan plat gelincir (skid plate), tayar off-road dan sistem suspensi dinaik taraf.

Bos Tutto Mondo Racing, Marcus Benham berkata;

Tiada cara untuk nampak kool dengan berlumba menunggang Vespa, jadi anda cuma perlu keluar di sana dan bergembira. Sama seperti mana-mana kenderaan off-road, Vespa kami ada plat gelincir, tayar lebih besar dan beberapa kerja dilakukan pada suspensi."

Ini bukannya pertandingan sukan off-road pertama yang disertai Vespa kerana skuter ikonik Itali itu pernah menyertai Mexico 1000 sekitar 1970-an. Mexico 1000 edisi 2020 akan berlangsung pada 17-24 April, manakala perlumbaan sebenar bermula 19-23 April ini.

BACA >>> Zapp i300 Tawar Prestasi Skuter Elektrik Setanding Enjin Petrol 300cc

SUMBER: Riders.DriveMag

Related

201
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Leonardo Pilati, Marcus Benham, Mexico 1000, North American Off-Road Racing Association (NORRA), Persatuan Perlumbaan Off-Road Amerika Utara (NORRA), Pietro Bologna, rali, roda2, sukan permotoran, Tutto Mondo Racing, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my