Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang
Auto Terkini

Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JALAN berlubang memang menyusahkan pengguna jalan raya. Paling geram, kereta dan motosikal boleh rosak teruk dibuatnya. Kalau nasib tidak baik, boleh kemalangan.

Seorang penunggang motosikal dari Amerika Syarikat (AS), Roger Gates berjaya menuntut pampasan bernilai AS$2.65 juta (RM11 juta) disebabkan kemalangan yang berpunca daripada jalan berlubang di West Milford, New Jersey.

Gates terbabas selepas tidak sempat mengelak jalan berlubang di Oak Ridge Road dan merempuh sebuah van dari arah bertentangan sampai terbakar.

BACA >>> Pomen Kena Pecat Sebab Kemalangan Ketika Pandu Uji Mustang Pelanggan

Gates mengalami cedera parah pada bahagian bahu, tulang belakang dan seluruh pergelangan tangan, termasuk patah beberapa tulang rusuk. Malah, dia perlu menjalani banyak pembedahan yang menelan belanja tinggi, termasuk hilang pekerjaan untuk menyara hidup.

Menurut portal RideApart, tempat kejadian tersebut sebenarnya sudah menerima banyak aduan dan sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya. Namun, kali terakhir jalan tersebut diselenggara adalah pada 2014, dan kemalangan itu pula berlaku pada 2016.

Foto keadaan jalan raya yang dirakamkan menerusi Google Maps pada Oktober 2015, kira-kira enam bulan sebelum kemalangan.

Jarak masa penyelenggaraan lama, dan kos perubatan serta kos lain-lain menyebabkan pihak berkuasa tempatan Passaic terpaksa menanggung segala kos perubatan Gates berjumlah AS$756,000 (RM3.1 juta), termasuk membayar pampasan.

Masalah jalan berlubang di situ kerap dipandang remeh pihak berkuasa dan kerja membaik pulih jalan dilakukan sambil lewa saja. Jalan-jalan berlubang cuma diturap nipis yang membuatkan ia mudah rosak semula.

BACA >>> Pesakit Jantung Pulih Selepas Ambulans Terlanggar Jalan Berlubang Besar

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini bahaya jalan berlubang Jalan Berlubang Roger Gates Tuntutan Pampasan West Milford
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.