MASA dinanti-nanti akhirnya tiba. Boon Siew Honda secara rasmi akan memperkenalkan Honda RS150R pada 13 Jun 2016. Honda RS150R yang juga dikenali sebagai Honda Winner 150 di pasaran Vietnam dijangka bakal menggegarkan peminat motosikal moped negara.
Yang pasti, pengenalan Honda RS150R ini bakal memberi saingan hebat buat Yamaha Y15ZR. Walau bagaimana, harga masih belum didedahkan. Kami menjangkakan harga adalah hampir sama seperti model pesaingnya.
Dari aspek prestasi, Honda RS150R akan dikuasakan unit enjin suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC. Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm).
Buat masa ini juga, kami masih belum menerima sebarang spesifikasi lengkap berkaitan Honda RS150R. Namun, kami akan sampaikan kepada anda sebaik menerima maklumat mengenai moped.
BACA: Boon Siew Sah Bawa Masuk Honda MSX125 Tahun Ini
Wahai peminat tegar Honda mahupun musuh dalam selimut moped ini, pastikan anda bersedia menerima kehadiran Honda RS150R.
Bagi mereka yang bercadang nak beli, anda kini boleh ke pusat pengedar Boon Siew Honda berdekatan untuk membuat tempahan. Ini kerana kami dimaklumkan sudah ada yang mula menerima temphaan.
Nantikan laporan penuh kami pada 13 Jun hadapan!!!
Leave a Reply