• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Akrapovic Perkenal Ekzos Klasik untuk Model Triumph

Akrapovic Perkenal Ekzos Klasik untuk Model Triumph

March 11, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKAR ekzos dari Slovenia, Akrapovic menawarkan sistem ekzos prestasi tinggi untuk barisan motosikal Triumph yang menumpukan kepada model klasik moden.

Sistem ekzos aftermarket itu ditawarkan untuk model Triumph seperti:

  • Bonneville T100 dan T120
  • Scrambler 1200
  • Speed Twin

Akrapovic sebelum ini ada memperkenalkan sistem ekzos untuk Street Twin dan Thruxton 1200, tetapi belum ditawarkan ke pasaran.

BACA >>> Lagi Video Acah KTM 1290 Super Duke R, Kini dengan Deruman Akrapovic Penuh Asyik

ABagi unit baharu ini, Akrapovic mengetengahkan rekabentuk klasik dengan menampilkan kemasan titanium asli (warna asal) atau saduran hitam kusam.

akrapovic
akrapovic-logo

Rekabentuk komponen itu memaparkan garis dan bentuk yang melengkapkan gaya klasik setiap model jenama Britain itu. Malah, jauh berbeza daripada sistem ekzos untuk model popular dalam segmen Sport, Street dan Advencer.

Jurutera Akrapovic dikatakan meluangkan usaha dan masa lama untuk memastikan sistem ekzos buatan pengeluar itu dapat menghasilkan nada bunyi yang sesuai  untuk trenkuasa 2-silinder Triumph. Ini termasuk membantu menambahkan kuasa enjin mengikut julat rev dan tork dalam zon rev (rpm) sederhana hingga tinggi.

Scrambler 1200 yang dipasangkan ekzos Akrapovic, mampu mendapat tambahan kuasa 2.5hp dan tork 2.71Nm. Selain deruman ekzos menarik, komponen itu juga lebih ringan dengan mengurangkan 2kg berat.

Bagi model Triumph lain, tambahan kuasa dan tork serta pengurangan berat adalah hampir sama jika menggunakan jenama Akrapovic.

BACA >>> CFMoto Siar Video Acah 250SR dengan Ekzos Akrapovic, Kaliper Brembo dan Fork USD!

SUMBER: RideApart

Related

119
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: akrapovic, aksesori, ekzos, sistem ekzos, Triumph, Triumph Bonneville T100, Triumph Bonneville T120, Triumph Scrambler 1200, Triumph Speed Twin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev