• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / BMW Motorrad Tawar Pakej M Performance (2020) untuk S 1000 RR

BMW Motorrad Tawar Pakej M Performance (2020) untuk S 1000 RR

March 10, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad mengumumkan tawaran pelbagai aksesori dan alat ganti istimewa menerusi pakej M Performance (2020), khas untuk pemilik superbike BMW S1000 RR.

Pakej ditawarkan itu dibangunkan berdasarkan pengalaman diperoleh dalam sukan permotoran bagi menambah baik prestasi tunggangan dinamik di litar dan jalan raya. Ia bukan hanya membantu mengurangkan berat jentera, tetapi juga membabitkan pemasangan beberapa komponen khas seperti:

BACA >>> BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k

  • Fairing panel sisi M Karbon
  • Madgad M Karbon (depan dan belakang)
  • Penutup kotak udara M Karbon
  • Penutup sproket M Karbon
  • Pelindung rantai M Karbon
  • Penutup tangki minyak M Karbon (kiri dan kanan)

BMW Motorrad juga menyediakan tiga pilihan pelana S1000 RR yang mampu menambah baik ergonomik (ikut fizikal badan) dan keselesaan penunggang.

  • Pelana M Sport
  • Pelana M rendah
  • Pelana M tinggi

Pelanggan juga boleh menukar beberapa komponen lain untuk menambah baik ergonomik tunggangan, terdiri daripada tiga pilihan peg kaki:

  • Peg kaki M penunggang (kiri dan kanan)
  • Peg kaki M pembonceng (kiri dan kanan)
  • Sistem peg kaki M (kiri dan kanan) - Khas untuk kegunaan trek

BMW Motorrad juga menyediakan tuil brek tangan M jenis boleh lipat dan komponen pelaras brek depan jenis kawalan (laras brek menggunakan tangan kiri ketika menunggang).

Ada dua jenis rim M Performance ditawarkan untuk memaksimumkan daya pecutan, nyah pecutan, pengendalian dan menghasilkan respons damper suspensi lebih baik.

  • Rim aluminium tempa M
  • Rim ringan M Karbon

Selain itu, BMW Motorrad juga menyediakan banyak pilihan komponen ringan seperti penegang rantai M, bateri ringan M, kit penutup M dan banyak lagi. Setakat ini, harga komponen pakej M Performance belum diumumkan.

BACA >>> #BikinMotor: Mat Motor Vietnam Reka BMW S 1000 RR Versi Kadbod

GALERI

SUMBER: BMW

Related

240
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: 2020 M Performance Package, aksesori, BMW, BMW Motorrad, BMW S 10000 RR, M Performance, Pakej M Performance 2020, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my