• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Perdana 2016 Bersiap Sedia Dilancarkan (+VIDEO)

Proton Perdana 2016 Bersiap Sedia Dilancarkan (+VIDEO)

June 6, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Perdana 2.4LNAMPAKNYA majlis pelancaran Proton Perdana 2016 semakin dekat apabila model berkenaan dilihat sudah berada di pusat pameran Proton.

Berdasarkan gambar dan rakaman video yang diambil dari laman facebook Lim Tsu Shyang, ia adalah model Proton Perdana bersesaran 2.4L.

Bagi anda yang mungkin masih tidak tahu, Proton Perdana 2016 didatangkan dalam dua varian, 2.0L dan 2.4L. Buat masa ini, kesemua model Proton Perdana 2016 masih menggunakan enjin Honda Accord generasi ke-8.

Manakala penggunaan enjin baharu iaitu Petronas NE01 pula dijangka akan dipasang secara berperingkat pada 2017.

Bagi varian 2.4L (seperti dalam gambar), ia dipadankan dengan kotak gear transmisi automatik 5-kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 177hp dan tork puncak 222Nm.

BACA >>> Brosur Spesifikasi PROTON Perdana 2.4 Premium Didedahkan – Menarik?

BACA >>> Lagi Gambar PROTON Perdana 2016 Bocor!!!

Proton Perdana 2.4LREKAAN TERSENDIRI:

Dari aspek rekaan pula, Proton Perdana 2016 hadir dengan rekabentuk tersendiri biarpun mengambil platform dari model Honda Accord. Tidak kira dari depan mahupun belakang, ia adalah berbeza dengan Accord.

Cuma bahagian dalaman masih kekal sama seperti Accord. Boleh dikatakan hampir 90 peratus menyerupai Honda Accord generasi ke-8.

BACA >>> PROTON Perdana Edisi Limousine – Hanya ada 5 Unit di Malaysia

Proton Perdana 2.4L
Proton Perdana 2.4L

TARIKH PELANCARAN:

Sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang jemputan pelancaran dari pihak Proton. Dari pemerhatian kami, ia mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat. Dalam erti lain, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Marilah kita sama-sama nantikan kehadiran Perdana 2016. Pastikan anda setia bersama kami untuk dapatkan berita-berita automotif terkini.

PanduLaju, Automotif Telus dan Tulus!

Related

196
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda Accord, Proton, Proton Perdana 2.4L, Proton Perdana 2016, Segmen D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev