• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Alfa Romeo Giulia GTA - Supercar Tribut yang Serba Seksi

Alfa Romeo Giulia GTA - Supercar Tribut yang Serba Seksi

March 9, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ALFA Romeo bukan syarikat automotif biasa, usia pengeluar Itali ini sudah lebih seabad atau lebih tepat, genap 110 tahun pada 24 Jun ini.

Alfa Romeo tidak hanya menjual kereta, tetapi juga pelbagai inovasi kepada industri dan personaliti tersendiri. Paling mudah dilihat adalah rekabentuk luaran dan dalaman model jenama itu yang pasti mengundang pujian dan penghargaan.

Sempena ulang tahun ke-110, Alfa Romeo memberikan penghormatan kepada model ikonik, Giulia GTA (foto atas) dengan memperkenalkan dua model baharu: Giulia GTA dengan 4-kerusi, dan Giulia GTAm dengan 2-kerusi, dalam versi yang lebih 'hardcore' .

Giulia GTAm dilengkapi bar anti-oleng (roll-bar) berupa palang keselamatan di bahagian belakang, dan tali keledar 6-poin. Kedua-dua model dibekalkan enjin 2.9L V6 Bi-Turbo berkuasa 540hp dengan menepati pengurangan berat sebagai tribut kepada semangat Giulia GTA (1965).

BACA >>> Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong

CIRI ALFA ROMEO GTA

  • Menambah baik tahap aerodinamik, pengendalian dan pengurangan berat kereta.
  • Komponen aerodinamik aktif dibuat bagi meningkatkan daya mendap (downforce).
  • Penyelesaian diperoleh daripada pengetahuan langsung menerusi Formula Satu (F1) dan sinergi antara Sauber Engineering dan penggunaan Sauber Aerokit.
  • Kit aerodinamik terdiri daripada skirt sisi, spoiler belakang dan spliter depan aktif.
  • Ekzos titanium Akrapovič disepadukan pada difuser belakang gentian karbon.
  • Rim 20 inci menggunakan kunci sentral.
  • Pengendalian ketika kelajuan tinggi dipertingkat dengan melebarkan tayar depan dan belakang 50mm.
  • Turut diperbaharui ialah set spring, absorber dan sesendal (bushing) untuk sistem suspensi.
  • Supercar untuk pemanduan harian - ada 4-kerusi, spoiler dan spliter untuk kegunaan harian, panel pintu, kerusi dan tingkap, sama seperti model Giulia Quadrifoglio.

BACA >>> #TahukahAnda: Rahsia Ular Telan Manusia dalam Logo Alfa Romeo dan Kaitan Perang Salib

CIRI TAMBAHAN ALFA ROMEO GIULIA GTAm

alfa-romeo-giulia-gtam-3
alfa-romeo-giulia-gtam-10
alfa-romeo-giulia-gtam-7
  • Dilengkapi spliter depan lebih besar dan spoiler belakang gentian karbon untuk keseimbangan terbaik ketika memecut dalam halaju tinggi.
  • Tiada kerusi belakang dan digantikan pemegang topi keledar dan pemadam api.
  • Bar anti-oleng di belakang, tiada panel pintu dan pintu dibuka dengan tali, menggantikan pembuka ala kereta lumba.
  • Tali keledar Sabelt 6-poin.
  • Frem cermin belakang dan sisi daripada Lexan, iaitu jenis resin polikarbonat yang digunakan dalam dunia permotoran.
  • Berat kereta sekitar 1,520kg dan dengan kombinasi 540hp menjadikan nisbah kuasa kepada berat 2.82kg/hp.
  • Pecutan 0-100kmj dengan Kawalan Luncur sepantas 3.6 saat.
  • Sah digunakan atas jalan raya awam.

Selain itu, berat kereta dikurangkan 100kg. GTA menggunakan bahan ringan seperti gentian karbon untuk aci pacu (drive shaft), bonet, bumbung, bampar depan, gerbang roda depan dan perumah kerusi sport pada GTam. Bahan ringan seperti aluminium digunakan secara meluas pada enjin, pintu, sistem suspensi.

Hanya 500 unit Giulia GTA dan Giulia GTAm dikeluarkan dengan setiap satu ada nombor siri sendiri. Pemilik turut diberikan topi keledar Bell dengan grafik GTA, set lumba penuh Alpinestars (sut lumba, sarung tangan dan kasut) dan penutup kereta Goodwool istimewa.

Pemilik juga boleh menyertai kursus pemanduan anjuran Akademi Perlumbaan Alfa Romeo.

BACA >>> Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio - SUV Paling Pantas di Nürburgring! (September 2017)

GALERI
ALFA ROMEO GIULIA GTA
ALFA ROMEO GIULIA GTAm
Alfa Romeo Giulia GTAm.03
alfa-romeo-giulia-gtam-3
alfa-romeo-giulia-gtam-2
Alfa Romeo Giulia GTAm.02
Alfa Romeo Giulia GTAm.16
Alfa Romeo Giulia GTAm.04
alfa-romeo-giulia-gtam-6
alfa-romeo-giulia-gtam-10
alfa-romeo-giulia-gtam-7
Alfa Romeo Giulia GTAm.06
Alfa Romeo Giulia GTAm.05
Alfa Romeo Giulia GTAm.15
Alfa Romeo Giulia GTAm.07

Related

468
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Alfa Romeo, Alfa Romeo Giulia, Alfa Romeo Giulia GTA, Alfa Romeo Giulia GTAm, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev