• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Suzuki India Lancar Gixxer SF MotoGP Edition Versi BS6, RM7,030

Suzuki India Lancar Gixxer SF MotoGP Edition Versi BS6, RM7,030

March 4, 2020 By Aryon 3 Comments

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Motorcycle India mengemas kini Gixxer SF MotoGP Edition versi BS6 susulan pelancaran varian standard Gixxer dan Gixxer SF. Dijual pada harga 122,900 rupee (RM7,030), model edisi khas ini lebih mahal berbanding versi BS4 yang berharga 110,605 rupee (RM6,320).

Naik taraf dilakukan terhad kepada perubahan mekanikal supaya mematuhi regulasi emisi baharu yang dikuatkuasakan Kerajaan India. Aspek rekabentuk dan gaya masih sama seperti moddel BS4.

BACA >>> 10 Foto Real Suzuki Gixxer (2019) di India yang Tidak Masuk Malaysia

Gixxer SF MotoGP Edition didatangkan dengan seragam khas MotoGP bersama warna Metallic Triton Blue, lampu utama LED, termasuk lampu belakang, dwi-mufler sporty, rim aloi 6 jejari, pelana terpisah dan kluster instrumen digital.

Spesifikasi mekanikal menggunakan enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan udara dengan teknologi SEP berkuasa 13.4hp @ 8,000rpm dan tork 13.8Nm @ 6,000rpm, berkurangan 1.2hp dan 0.2Nm berbanding model BS4. Sistem transmisi masih kekal dengan kotak gear klac manual 5-kelajuan.

Sistem suspensi disokong fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek menggunakan brek cakera dengan ABS saluran tunggal (single-channel) untuk kedua-dua roda

Metallic Sonic Silver/Glass Sparkle Black
Glass Sparkle Black

Selain MotoGP Edition, Gixxer SF juga boleh didapati dalam skema warna Metallic Sonic Silver/Glass Sparkle Black dan Glass Sparkle Black.

BACA >>> Suzuki Gixxer 155 Lancar di China dengan Nama Gixxer NK

GALERI
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-4
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-3
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-1
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-2
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-5
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-7
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-6
suzuki-gixxer-sf-motogp-edition-bs6-8

SUMBER: SuzukiMotorcycleIndia

Related

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BS6, roda2, sportbike, Suzuki, suzuki gixxer, Suzuki Gixxer SF, Suzuki Gixxer SF MotoGP Edition BS6, Suzuki Motorcycle India

Comments

  1. Jan says

    March 5, 2020 at 11:18 AM

    155cc dengan 13hp sahaja? kenapa lemau sangat?

    Reply
    • lol says

      March 9, 2020 at 11:58 PM

      SOHC dan 2 valve sahaja.

      kalau kapchai 150cc di malaysia

      Ysuku SOHC 4 VALVE with VVA

      RS150 DOHC 4 VALVE

      BELANG FI DOHC 4 VALVE OVERSQUARE

      Reply
  2. Jan says

    March 12, 2020 at 11:22 AM

    Betul tu, segan silu je kalau naik motor cmni, tapi hakikatnya horsepower standard lagi rendah dari kapcai.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev