• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pertikaian Isu Jual Beli PLUS Punca Kerajaan PH Tumbang?

Pertikaian Isu Jual Beli PLUS Punca Kerajaan PH Tumbang?

March 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

969
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIMBUL spekulasi mengenai isu penjualan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan pemansuhan bayaran tol sebagai antara sebab Kerajaan sebelum ini berpecah dan tumbang selepas 21 bulan menerajui pentadbiran negara.

Menurut portal antarabangsa Bloomberg yang memetik sumber dirahsiakan, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah bersetuju menerima bidaan konglomerat Maju Group untuk mengambil alih PLUS sebagai pengendali lebuh raya itu.

BACA >>> Widad Betul-Betul Nak Beli PLUS, Naikkan Tawaran RM5.3 Bilion!

maju-group-logo
tun-mahathir-mohamad

Perjanjian pengambilalihan bernilai kira-kira RM30 bilion itu membolehkan Maju Group memansuhkan caj tol dan menerima kontrak penyelenggaran jalan raya sebagai pulangan. Bagaimanapun, hasrat Mahathir itu ditentang rakan parti gabungan, DAP yang membawa kepada penolakan semua bidaan ke atas PLUS.

Portal MyKMU.net pula melaporkan, yang turut memetik laporan FMT dan Bloomberg, mendakwa tentangan itu ada kaitan dengan rekod lampau Maju Group, dan hubungan rapat firma itu dengan Mahathir.

Malah, Maju Group begitu yakin dapat mengambil alih PLUS hingga sudah siap menghubungi beberapa bank untuk mendapat pembiayaan sebelum Kabinet memutuskan menolak sebarang bidaan pada 9 Januari lalu. Sebaliknya, memilih menstrukturkan semula konsesi untuk mengurangkan kadar tol lebuh raya.

BACA >>> RRJ Bersungguh Mahu Beli PLUS, Tawar RM3.5b dan Diskaun Tol Hingga 40 Peratus!

Putrajaya pada Januari lalu memutuskan untuk tidak menjual lebuh raya milik PLUS sepanjang lebih 800km itu, melibatkan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya ELITE dan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS kekal bersama dua pemilik, dana pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, 51 peratus melalui UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), 49 peratus. Selepas itu, penstrukturan semula kadar bayaran tol pun dibuat membabitkan pengurangan sebanyak 18 peratus dan dijamin tiada kenaikan dalam tempoh 30 tahun akan datang. Bagaimanapun tempoh konsesi dilanjutkan hingga 2058.

Maju Group membuat bidaan ke atas PLUS melalui Maju Holdings. Selain itu, ada tiga entiti turut menyatakan minat membida PLUS iaitu Widad Business Group, RRJ Capital dan tawaran usahasama taikun Halim Saad dan Wong Gian Kui.

BACA >>> Kadar Tol Semua Lebuh Raya PLUS Turun 18 Peratus Mulai Esok!

SUMBER: Bloomberg | MyKMU

Related

969
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DAP, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Parti Demokratik Rakyat (DAP), PLUS, Sistem Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0, Tun Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev