• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / USLCC 2020 - Perlumbaan Trek Bujur Ala NASCAR Pertama di Malaysia

USLCC 2020 - Perlumbaan Trek Bujur Ala NASCAR Pertama di Malaysia

March 4, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUKAN permotoran tempatan bakal menganjurkan Kejuaraan Kereta Legenda Amerika Syarikat 2020 (US Legend Cars Championship, USLCC) yang akan beraksi dalam litar bujur ala perlumbaan NASCAR di Gopeng Motor Speedway di T-City, Perak, iaitu satu-satunya trek lumba bujur di Malaysia.

Perlumbaan enam pusingan itu ialah platform terbaik buat mereka yang mahu merasai pengalaman berlumba, dan menonjolkan bakat terpendam sebelum menceburi kejuaraan berprofil tinggi seperti NASCAR.

BACA >>> Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2020 Panaskan Trek Sepang, April ini

Sejak diperkenalkan sekitar 2018, ini kali pertama dua kelas kategori dibuka:

  • Legend Car - Untuk pemandu amatur dan profesional.
  • Bandolero - Untuk kanak-kanak 8 hingga 15 tahun.

Legend Car terbahagi kepada tiga kategori pemandu:

  • Pemandu Baharu (novis)
  • Pemandu Kebangsaan
  • Pemandu Antarabangsa

Kategori Bandolero pula terhad untuk pemandu baharu saja. Setakat hari ini, kejuaraan ini mendapat sambutan baik pemandu dari Malaysia, Australia, China dan Hong Kong. Dengan tahap kompetitif yang bersesuaian dan kos penyertaan murah, ini platform ideal kepada mereka yang bercita-cita mahu berlumba dan mengasah bakat dalam sukan permotoran.

US Legend Championship 2020 (4)
US Legend Championship 2020 (10)
US Legend Championship 2020 (8)
US Legend Championship 2020 (3)
US Legend Championship 2020 (7)

Pengasas USLCC Malaysia, Ben Tan berkata, walaupun litar bujur masih baharu di Malaysia dan Asia, tetapi sambutan  pelumba baharu sepanjang tempoh dua tahun lalu agak memberangsangkan. Siri kejuaraan ini diadakan di lebih 30 negara, sekali gus menjadikan medium terbaik buat mereka yang bercita-cita menjadi pelumba litar bujur seperti NASCAR.

Bagi kelas Legend Car, pelumba berentap menggunakan jentera enjin Yamaha FJ1200 berkuasa 132hp dan berat minimum 590kg. Kelas Bandolero pula menggunakan jentera enjin Briggs & Stratton Vanguar berkuasa 30hp dan berat minimum kereta 340kg, termasuk pemandu.

Yuran penyertaan, termasuk penyediaan dan sewa kereta lumba, petrol, tayar, pad brek dan bahan sokongan teknikal lain berjumlah RM3,000 untuk kelas Legend Car dan RM 2,000 (Bandolero).

JADUAL PERLUMBAAN

  • Pusingan 1: 13 Mac 2020
  • Pusingan 2: 17-18 April 2020
  • Pusingan 3: 19-20 Jun 2020
  • Pusingan 4: 17-18 Julai 2020
  • Pusingan 5: 21-22 Ogos 2020
  • Pusingan 6: 25-26 September 2020

BACA >>> Tuneboss BTA 2019: Siri Perlumbaan Motosikal Amatur Bajet Rendah, Daftar Sekarang!

GALERI
US Legend Championship 2020 (2)
US Legend Championship 2020 (1)
US Legend Championship 2020 (12)
US Legend Championship 2020 (11)
US Legend Championship 2020 (10)
US Legend Championship 2020 (9)
US Legend Championship 2020 (8)
US Legend Championship 2020 (7)
US Legend Championship 2020 (6)
US Legend Championship 2020 (5)
US Legend Championship 2020 (4)
US Legend Championship 2020 (3)

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ben Tan, Gopeng Motor Speedway, Kejuaraan US Legend 2020, Liqui Moly US Legend Championship 2020, litar lumba bentuk oval, NASCAR, T-City Gopeng Motor Speedway

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev