• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 'The Beast' - Kereta Paling Selamat Dunia Khas untuk Presiden Amerika

'The Beast' - Kereta Paling Selamat Dunia Khas untuk Presiden Amerika

March 4, 2020 By Talib Leave a Comment

380
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANA-MANA negara pun, isu  keselamatan pemimpin memang penting. Jika di Malaysia, Proton Perdana sudah sinonim sebagai kereta rasmi orang kenamaan. Walaupun ada juga model lain digunakan, tetapi sistem keselamatan kenderaan tersebut masih  tidak setaraf 'The Beast'.

kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-4
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-5

'The Beast' ialah kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Seperti digembar-gemburkan propaganda media dan filem Hollywood, sistem keselamatan Presiden AS dikatakan terbaik di dunia. Mungkin ada benarnya kerana ia dibuktikan sendiri model Cadillac ini yang berperanan sebagai pengawal keselamatan terbaik sepanjang perjalanan atas darat.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Kereta Kegemaran Presiden AS, Donald Trump

Mari kita kenal serba sedikit mengenai sistem keselamatan yang ada pada 'kereta kebal' ini.

CIRI LUARAN

Luaran kereta ini disaluti perisai militari setebal sekurang-kurangnya 5 inci, terdiri daripada campuran besi, aluminium, titanium dan seramik yang mampu menghalang bom dan peluru.

Bahagian pintu menggunakan kepingan perisai setebal 8 inci dan seberat pintu Boieng 757. Apabila pintu ditutup, ruang kabin terlindung 100 peratus daripada ancaman luar. Pintu ini mampu menahan serangan kimia dan mengalirkan arus elektrik untuk menghalang penceroboh.

Tingkap kereta dibuat daripada 5 lapisan cermin dan polikarbonat yang mampu menahan serangan peluru penembus perisai. Tingkap juga tidak boleh dibuka kecuali sebelah pintu pemandu dan boleh dibuka 3 inci saja.

Bahagian casis diperkuat dengan lapisan kepingan besi supaya dapat bertahan daripada letupan bom. Tayar pula menggunakan lapisan besi supaya tidak terkoyak atau pancit. Lapisan rim besi dalam tayar membolehkan kereta dipandu walaupun tayar hancur.

BACA >>> Cadillac Escalade - SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

CIRI DALAMAN

kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-7
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-8

Ruang kabin 'The Beast' mempunyai empat ruang yang dipisahkan lapisan cermin perisai. Cermin ini hanya boleh diturunkan Presiden. Boleh tumpang, tetapi duduk senyap saja dalam ruang ini. Ruang ini juga ada butang keselamatan panik dan ruang simpanan udara oksigen.

Jika berlaku kecemasan, ada telefon satelit di belakang kerusi Presiden yang disambungkan terus kepada Naib Presiden dan pejabat Pentagon. Tangki minyak direka dengan lapisan perisai besi dan mengandungi bahan salutan minyak untuk menghalang letupan sekiranya berlaku kemalangan dan terbakar. Ruang but dilengkapi alat pemadam api, gas pemedih mata dan penghalang asap.

KELENGKAPAN LAIN

Kereta ini turut dilengkapi senjata keselamatan seperti senapang patah dan pelancar pemedih mata. Ada juga bekalan darah yang sama jenis dengan Presiden sebagai persediaan sekiranya memerlukan pemindahan darah.

Ruang pemandu mempunyai sistem komunikasi lengkap dan sistem navigasi GPS. Bahagian depan ada sensor kamera dan radar yang terselindung bawah grill untuk memastikan keselamatan bahagian depan kereta. Pemandu pula terdiri daripada pegawai keselamatan terlatih dan mampu memandu dalam situasi kecemasan seperti mengelak serangan, melakukan putaran 180º atau buat pusingan J.

Minyak juga boleh disembur keluar untuk mengelak dikejar kenderaan musuh. Ini baru ciri asas yang didedahkan kepada umum. Semestinya ada banyak perincian keselamatan yang terdapat dalam kenderaan ini sekali gus menjadikan ia kereta paling selamat di dunia.

BACA >>> Ferrari F430 Milik Donald Trump Tidak Laku Dilelong, Mujurlah Ada Pembeli 'Kautim'

GALERI
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-1
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-2
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-4
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-5
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-6
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-3
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-7
kereta-donaldd-trump-cadillac-the-beast-8
kereta-donald-trump-cadillac-the-beast
the beast
the beast 3

SUMBER: Metro.co.uk

Related

380
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cadillac, Donald Trump, Kereta Presiden Amerika Syarikat, Presiden Amerika Syarikat, Presiden AS, Roda4, The Beast

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev