• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemilik Yamaha NMAX (2020) Hadapi Masalah Lampu Check Engine Menyala

Pemilik Yamaha NMAX (2020) Hadapi Masalah Lampu Check Engine Menyala

February 27, 2020 By Admin PanduLaju 2 Comments

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA NMAX (2020) dilancarkan Disember lalu di Indonesia. Namun, baru saja dua bulan di pasaran, kumpulan pertama model itu khabarnya mengalami masalah lampu Engine Check. 

Yamaha Indonesia mendakwa masalah itu berlaku apabila skuter dimatikan menggunakan tongkat sisi dan simbol Engine Check tiba-tiba menyala. Apa pula masalahnya? Apabila pemeriksaan enjin dibuat menggunakan alatan khas Yamaha Diagnostic Tool (YDT), muncul notifikasi kod P0335.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Hendal Honda PCX 150 dengan Yamaha NMAX 155

Menurut buku manual, kod itu menandakan enjin dimatikan tidak mengikut prosedur (gunakan tongkat sisi) pada sensor posisi aci engkol (crankshaft position sensor). Namun, simbol menyala itu tidaklah bermakna skuter tersebut bermasalah dan boleh saja ditunggang beribu kilometer kerana sama sekali tidak akan menjejaskan operasi enjin atau mendatangkan isu keselamatan lain.

Jadi, terpulang kepada penunggang NMAX (2020) kerana indikator hanya akan menyala jika mematikan enjin menggunakan tongkat. Sebaliknya, jika enjin dimatikan menggunakan punat khas tepi hendal, tiada sebarang simbol akan tertera.

Penunggang Indonesia dikatakan memiliki tabiat mematikan skuter menggunakan tongkat sisi. Cara mudah mengatasi masalah itu ialah mengeset tetapan indilator 'ON' kepada ‘OFF’, iaitu matikan terus supaya masalah sama tidak berulang.

BACA >>> Indonesia Lancar Yamaha NMAX 155 (2020), Kini dengan Kawalan Traksi, Aplikasi Mobil

SUMBER: TMCBlog

Related

339
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kempen Panggil Balik, roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha, Yamaha NMAX, Yamaha NMAX (2020)

Comments

  1. Redzuan says

    March 1, 2020 at 8:30 AM

    Bila la midel ni nak masuk Malaysia..?

    Reply
  2. Merzuki says

    August 10, 2020 at 7:42 PM

    Bila nmax 2020 nak masuk malaysia?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my