• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Ikut Spesifikasi Atas Jalan, Batmobile Kena Tunda Polis Moscow

Tak Ikut Spesifikasi Atas Jalan, Batmobile Kena Tunda Polis Moscow

February 28, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Trafik di ibu kota Moscow, Rusia menunda sebuah Batmobile kerana didapati tidak mematuhi regulasi keselamatan jalan raya dan spesifikasi pengeluar. Batmobile itu dibikin seperti kereta Batman dalam filem Hollywood, Batman v Superman dan Suicide Squad.

Menurut Autoblog, satu rakaman video menunjukkan trak tunda menunda Batmobile yang siap dibalutkan plastik lut cahaya. Media Rusia, RT mendakwa polis menyedari kenderaan itu diparkir di jalan utama di pusat bandar dengan nombor plat hiasan.

BACA >>> LEGO Batman 1989 Batmobile Edisi Terhad Sempena Rai 30 Tahun Filem Batman

Bagaimanapun, pemilik kereta tiada di lokasi dan polis terpaksa memanggil trak tunda khas untuk menunda kereta replika sepanjang 4 meter itu. Polis turut membalut kereta itu menggunakan plastik supaya tidak calar.

Menurut polis lagi, Batmobile tersebut direka seorang penduduk Moscow berusia 32 tahun di bengkel persendirian, tetapi gagal mendaftarkan kenderaannya itu untuk memperoleh sijil kelulusan jenis kenderaan, dan tiada kebenaran memandu atas jalan raya.

Pemandu Batmobile itu diberikan tiga kompau dan perlu membayar kira-kira AS$780 (RM3,280) kepada syarikat trak tunda, termasuk caj AS$35 (RM148) sehari untuk kos simpan.

BACA >>> Untunglah, Batman Ada Batmobile Baharu dalam Justice League

GALERI

SUMBER: AutoBlog

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Batman, Batman v Superman, Batmobile, Polis Moscow, Polis Rusia, Roda4, Suicide Squad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my