• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Halfords Fingerprint T-Bar - Pengunci Stereng dengan Teknologi Biometrik

Halfords Fingerprint T-Bar - Pengunci Stereng dengan Teknologi Biometrik

March 3, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HALFORDS
baru melancarkan produk keselamatan kenderaan baharu yang mampu mengurangkan kadar jenayah kecurian kenderaan berteknologi tinggi di Britain.

Dipanggil Halfords Fingerprint T-Bar, pengunci stereng kereta ini ialah alat keselamatan pertama dunia menggunakan teknologi biometrik yang diaktifkan menggunakan cap jari pemilik kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Tukul Cermin - Alat Kecemasan Berguna yang Pemandu Tidak Peduli

Tiada sebarang kunci diperlukan, cuma letak jari atas permukaan sensor untuk membuka pengunci stereng tersebut. Jadi memang tiada peluang untuk pencuri cuba menggodam lubang kunci. Pengunci stereng ini juga mampu menyimpan memori hingga 20 cap jari berbeza pada satu-satu masa, sekali gus memudahkan pemandu dan ahli keluarga menanggalkan pengunci stereng tersebut.

Memori cap jari boleh dipadamkan dengan menyimpan rekod cap jari baharu pada bila-bila masa. Sensor pengimbas ialah komponen elektronik yang memerlukan sumber kuasa. Ada alat pengecas USB dibekalkan kepada pengguna untuk mengecas semula bateri.

BACA >>> Hyundai Santa Fe (2019) Guna Teknologi Imbas Cap Jari untuk Buka Pintu, Hidup Enjin

Menurut Halfords, bateri digunakan mampu bertahan hingga enam bulan sebelum perlu dicas semula.

Bahagian dalaman kepala pengunci stereng dimuatkan pelapik busa untuk mengelakkan stereng tercalar. Peranti ini sesuai untuk semua jenis roda stereng, termasuk yang dilengkapi sistem beg udara.

Pakar Jenayah Kereta Halfords, Pavan Sondhi berkata, pengunci stereng amat efektif untuk mencegah kejadian kehilangan kereta.

"Dengan menambah teknologi biometrik pada alat pencegah kecurian, kami mencipta satu lagi rintangan sebagai benteng keselamatan terakhir yang lebih sukar untuk pencuri melarikan kenderaan," katanya.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 Tekno dengan Penghidup Biometrik, Guna Pengimbas Cap Jari

Halfords Fingerprint T-Bar berharga £59.99 (RM330) dengan jaminan dua tahun. Menurut Halfords, produk itu dilancarkan selepas menjalankan kaji selidik membabitkan 2,000 pemilik kenderaan.

Berdasarkan keputusan data, satu perlima pemilik kenderaan tidak pernah menggunakan alat pencegah kecurian pada kereta masing-masing. Hampir satu pertiga pemilik kenderaan mengakui mereka pernah menjadi mangsa jenayah kereta dalam tempoh beberapa tahun lalu.

BACA >>> Squire Lancar Padlok Paling Kuat di Dunia, Selebar Tapak Tangan, Seberat 4.3kg!

GALERI
halfords-fingerprint-t-bar-steering-lock-1
halfords-fingerprint-t-bar-steering-lock-3
halfords
halfords-fingerprint-t-bar-steering-lock-2
halfords 3
halfords 2
halfords 4
halfords 5
halfords 6
halfords 7
halfords 8
halfords 9
halfords 10
halfords-fingerprint-t-bar-steering-lock-4

SUMBER: DailyMail | Halfords

 

Related

508
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, Auto Terkini, Halfords Fingerprint T-Bar, Halfords Fingerprint T-Bar Steering Lock, pengunci stereng, Peranti Keselamatan Kenderaan, teknologi automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev