• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lazareth LM 410 - Motosikal Empat Roda dengan Enjin R1!

Lazareth LM 410 - Motosikal Empat Roda dengan Enjin R1!

February 26, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

801
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT kecil di Perancis, Lazareth pernah membuat kejutan dengan memperkenalkan motosikal empat roda LM 847 menggunakan enjin V8 daripada kereta sport Maserati, berkuasa 470hp!

Tahun ini, syarikat itu kembali lagi dan kali ini menampilkan pula model motosikal baharu, LM 410 yang dijana enjin 4-silinder milik Yamaha YZF-R1. Enjin bersesaran 998cc itu mampu menghasilkan kuasa 199hp dan tork 105Nm, tetapi spesifikasi sebenar tidak didedahkan.

Lazareth LM 847

Sama seperti LM 847, model LM 410 juga beroda empat, iaitu dua di depan dan dua di belakang dengan unit pelana tunggal. Walaupun ramai skeptikal dengan keselesaan, tetapi rekabentuk sebegini membantu LM 410 diposisikan menegak selepas enjin dimatikan. Lazareth menggunakan syaf sendi (hinged shaft) untuk membolehkan roda dimiringkan ketika membelok.

Lazareth merancang menghasilkan 10 unit LM 410 untuk dijual pada harga AS$108,000 (RM456,300). Selain lebih ringan berbanding LM 847, model empat roda tidak direka untuk bertukar menjadi motosikal terbang seperti LM 496 (lihat video bawah ini).

"LM 410 lebih konvensional (berbanding LM 847). Kami merekabentuk untuk jadi lebih ringan, mudah dikendalikan dan sesuai untuk kumpulan penunggang lebih besar."

- Lazareth

GALERI
lazareth-lm-410-3
lazareth-lm-410-4
lazareth-lm-410-1
lazareth-lm-410-5
lazareth-lm-410-7
lazareth-lm-410-8
lazareth-lm-410-1
lazareth-lm-410-6

SUMBER: Zing / AutoBlog

Related

801
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lazareth, Lazareth LM 410, Lazareth LM 496, Lazareth LM 847, Motosikal Empat Roda, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev