• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Sapu Bersih Top 3 dalam Ujian Pramusim di Qatar

Yamaha Sapu Bersih Top 3 dalam Ujian Pramusim di Qatar

February 25, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


UJIAN pramusim MotoGP 2020 baru saja berakhir yang menyaksikan Yamaha YZR-M1 menguasai tiga posisi teratas selepas tamat sesi perlumbaan di litar Losail Qatar.

Keputusan hari terakhir, pelumba pengilang Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales merekodkan masa pusingan 1:53.858 menggunakan M1 (2020) iaitu jentera Yamaha paling baharu. Menyusul di belakang ialah pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli dengan M1 (2020) Spec-A (1:53.891), iaitu 0.033 di belakang Vinales.

BACA>>>Iannone, Espargaro Dedah Aprilia RS-GP 2019 Menjelang Ujian Pramusim Kedua di Qatar

Vinales turut mengambil peluang pada hari ketiga ujian Qatar ini untuk menguji tayar baharu dan menyesuaikan diri dengan tetapan khas M1 (2020) apabila tayar berada dalam kondisi kurang baik.

Sementara itu, rookie terbaik 2019, Fabio Quartararo bergelut dengan M1 yang mengalami masalah teknikal, tetapi hasil ujian hari kedua membantu peluba Perancis itu berada di tempat ketiga. Begitu juga adinda Marc Marquez yang bergelut pada hari kedua ujian untuk menyesuaikan diri dengan Honda RC213V (2020). Namun hari ketiga, beliau dilihat seperti sudah mampu menjinakkan jentera Honda itu.

Marquez turut mengambil peluang menggunakan kit aero (2019) pada jentera baharu, termasuk mencuba pada spesifikasi lama (2019) pada jentera baharu sepanjang ujian pramusim kali ini. Berdasarkan mata terkumpul, Marquez berada di tangga ketujuh, diikuti Takaaki Nakagami (LCR Honda), Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing), juga rookie terpantas ujian Qatar dan Andrea Dovizioso (Ducati Team) di kedudukan ke-10.

KEDUDUKAN UJIAN PRAMUSIM MOTOGP 2020 LOSAIL, QATAR

KedudukanNombor PelumbaJenteraMasaPerbezaanSebelum
112Maverick ViñalesYamaha M11:53.858
221Franco MorbidelliYamaha M11:53.8910.0330.033
320Fabio QuartararoYamaha M11:54.0380.1800.147
442Alex RinsSuzuki GSX-RR1:54.0680.2100.030
543Jack MillerDucati GP201:54.1050.2470.037
636Joan MirSuzuki GSX-RR1:54.1290.2710.024
793Marc MárquezHonda RC213V1:54.1490.2910.020
830Takaaki NakagamiHonda RC213V1:54.2390.3810.090
933Brad BinderKTM RC161:54.2830.4250.044
104Andrea DoviziosoDucati GP201:54.3120.4540.029
1163Francesco BagnaiaDucati GP201:54.3260.4680.014
1246Valentino RossiYamaha M11:54.3320.4740.006
1341Aleix EspargaroAprilia RS-GP1:54.4320.5740.100
145Johann ZarcoDucati GP191:54.5650.7070.133
1544Pol EspargaroKTM RC161:54.6230.7650.058
169Danilo PetrucciDucati GP201:54.6340.7760.011
1753Tito RabatDucati GP191:54.6740.8160.040
1835Cal CrutchlowHonda RC213V1:54.8300.9720.156
1988Miguel OliveiraKTM RC161:55.0081.1500.178
2027Iker LecuonaKTM RC161:55.3011.4430.293
2173Alex MárquezHonda RC213V1:55.5191.6610.218
2238Bradley SmithAprilia RS-GP1:55.9162.0580.397

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Fabio Quartararo, franco morbidelli, Marc Marquez, Maverick Viñales, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, PETRONAS Racing Team (SRT), Yamaha, Yamaha M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev