• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Kawasaki Ninja ZX-10R KRT (2020) Tiba di Vietnam, Harga RM104k

Kawasaki Ninja ZX-10R KRT (2020) Tiba di Vietnam, Harga RM104k

February 25, 2020 By Aryon Leave a Comment

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Vietnam baru saja membawa masuk Ninja ZX-10R KRT (2020) dengan enjin dinaik taraf untuk pasaran negara itu pada harga 571 juta dong (RM103,990).

Superbike ini memiliki dimensi panjang 2,085mm, lebar 740mm dan tinggi 1,145mm, manakala berat basah 206kg dengan menampilkan rekabentuk sama seperti model terdahulu.

BACA >>> Kawasaki Tangguh Bikin ZX-10RR Teknologi MotoGP Sebab Jadi Juara WorldSBK

Dari depan ZX-10R KRT ini tampak maskulin dengan rekabentuk simetri pada kluster lampu utama, dan inlet udara besar dengan lampu LED di atasnya.

Bahagian roda menggunakan fork terbalik (USD) Showa dengan dipasangkan dwi-brek cakera 330mm di depan, dan monoshock dengan  brek cakera tunggal 220mm di belakang. Kedua-dua brek menggunakan kaliper brek Brembo.

Kawasaki turut melengkapkan ZX-10R KRT dengan damper Öhlins bersama bantuan elektronik yang berfungsi melaraskan ketegaran pengendalian berasaskan halaju dan mod tunggangan.

Panel meter direka sporty dengan gabungan paparan digital dan analog. Paparan spidometer dan takometer terpampang besar memenuhi panel meter, manakala ikon notifikasi lain direka kecil.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-10RR Edisi Terhad untuk Pasaran Jepun, 500 Unit Sahaja!

Tuil brek juga daripada Brembo yang boleh dilaraskan jarak mengikut keselesaan penunggang. Perbezaan antara ZX-10R KRT dan versi lain ialah grafik sarang lebah (honeycomb) dan strip kuning pada  panel badan yang mengambil ilham pasukan Kawasaki Racing Team (KRT).

Kapasiti tangki mampu mengisi 17 liter petrol dengan purata penggunaan bahan api 7.2 liter per 100km. Jarak tunggangan untuk isian penuh mampu mencapai perjalanan sejauh 230km.

Sistem ekzos masih sama seperti model terdahulu yang diberikan kemasan aluminium gilap. Lampu belakang tampil kompak, dan sporty. Bagaimanapun, rekaan signal belok agak tradisional berbanding rekabentuk bahagian lain.

ZX-10R KRT dipacu enjin 4-silinder 998cc DOHC berkuasa 210hp @ 13,500rpm dan tork 113.5Nm @ 11,200rpm. Tinggi pelana pula 835mm, sesuai untuk penunggang yang memiliki ketinggian 170sm ke atas.

Superbike ini turut dilengkapkan dengan teknologi terkini Kawasaki seperti Sistem Brek Pintar Kawasaki (KIBS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Mod Kawalan Luncur Kawasaki (KLCM), dan Quick Shift dua hala.

BACA >>> Kawasaki Ninja 250SL (2020) Kini dengan Pilihan Warna Seragam Hijau KRT

GALERI

SUMBER: News.Zing.vn

Related

2.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Kawasaki, kawasaki ninja, Kawasaki Ninja ZX-10R KRT, Kawasaki Racing Team (KRT), Kawasaki Vietnam, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my