VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) bekerjasama dengan jenama pakaian denim tempatan, Tarik Jeans untuk mengumpul dana dalam meningkatkan kesedaran awam tentang Tapir Malaya (Malayan Tapir) yang semakin diancam kepupusan.
Tapir Malaya ialah satu-satunya spesis tapir yang hidup di kepulauan Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand dengan mempunyai paten badan tersendiri.
BACA >>> Pelan Insurans Volkswagen (VIP) Tawar Manfaat Perlindungan Komprehensif, Mudah
Dengan jangka hayat sekitar 30 tahun, Tapir Malaya kini semakin dilanda kepupusan berikutan ancaman pembangunan tapak pertanian, pembalakan, dan aktiviti pemburuan untuk makanan dan penyeludupan. Dianggarkan kini hanya ada kurang 3,000 ekor spesies tersebut.
Kolaborasi Volkswagen dan Tarik Jeans dijayakan menerusi pelancaran kapsul koleksi eksklusif 'Modern Nostalgia'. Koleksi edisi terhad ini menampilkan elemen rekaan vintaj dan klasik tempatan yang diterapkan pada pelbagai barangan seperti:
- Kemeja-T
- Topi
- Bandana
- Beg Tote
- Rantai Kunci
- Pelekat Pakaian
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter mengakui rasa teruja dengan kerjasama bersama Tarik Jeans yang sejajar identiti Volkswagen Group, iaitu kelestarian. Sehingga kini, pengeluar dari Jerman itu sudah melabur tidak kurang 500 projek kelestarian itu serata dunia.
Kami berbesar hati kerana berpeluang memainkan peranan dalam projek penuh makna ini. Sudah pasti, kami tidak akan berhenti di sini dan terus mencari jalan untuk menyumbang ke arah perubahan lebih baik.”
“Tapir Malaya ialah spesis terancam di sini, selain Harimau Malaya, Gajah Borneo dan Orangutan. Sebagai ‘penjaga hutan hujan’, tapir memainkan peranan penting dalam mengekalkan kepelbagaian biologikal habitat. Ini kerana haiwan itu membantu menyebar dan menyuburkan benih yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok-pokok,” katanya.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tarik Jeans, Afiq Iskandar berkata;
Tapir Malaya sentiasa jadi sebahagian estetika rekaan Tarik. Jadi ia ditambah menjadi logo jenama (tambahan kepada logo utama mamak ‘teh tarik’) - kedua-dua logo itu dicipta selari falsafah jenama kami. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 Tarik, kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama automotif inovatif seperti Volkswagen,” katanya.
KOLEKSI EDISI TERHAD
'Modern Nostalgia' ialah koleksi edisi terhad yang banyak berkisar tentang model Volkswagen dan kecenderungan Tarik Jeans terhadap skema rekaan retro-moden Malaysia. Semua koleksi tersebut kini boleh didapati di laman web berikut:
- Volkswagen
- TarikJeans
- Shopee
- Zalora
- Pengedar sah Volkswagen terpilih
Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan kempen ini akan disalurkan ke Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan sempena Hari Tapir Sedunia, 27 April nanti.
BACA >>> Volkswagen Passat 2.0TSI Elegance Lancar di Malaysia, Harga RM188k
Couponkoz.my says
Thank you for sharing this information and I hope keep posting.