• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / MINI Countryman Blackheath Edition Debut Asean di Malaysia, Harga RM254k

MINI Countryman Blackheath Edition Debut Asean di Malaysia, Harga RM254k

February 23, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MINI Malaysia memperkenalkan model edisi terhad Countryman Blackheath Edition, juga debut pertama di Asia Tenggara yang dijual 48 unit sahaja.

Mengambil ilham rimba gelap di Blackheath, tenggara London, model MINI ini menampilkan warna Piano Black (hitam) pada perumah lampu (depan dan belakang), gril depan, hendal pintu, lencana MINI (depan dan belakang), dan lencana Countryman pada bonet. Strip aluminium kusam dipasangkan pada pintu belakang Countryman.

BACA >>> BMW Group Malaysia Eksport MINI Cooper S Countryman ke Thailand

Melengkapkan penampilan itu, bahagian roda ditawarkan rim 19 inci John Cooper Works Circuit 19-inci bersama tayar  run-flat dan kit badan John Cooper Works Aerodynamic. Ruang kabin pula dipadankan kerusi kulit hitam karbon dan bumbung dengan material Antrasit.

MINI Countryman Blackheath (11)
MINI Countryman Blackheath (13)
MINI Countryman Blackheath (15)
MINI Countryman Blackheath (16)
MINI Countryman Blackheath (12)

Kemasan Mini Yours Illuminated membolehkan pemandu menukar 12 warna ambien menerusi satu butang sahaja. Selain itu, sistem bunyi menggunakan ser 12 unit pembesar suara Harmon Kardon dengan amplifier DSP Class-D 360Watt.

Trenkuasa Countryman dipacu enjin Twinpower Turbo berkuasa 192hp dan tork 280Nm, manakala hantaran kuasa ke roda disalurkan transmisi dual-klac 7-kelajuan dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.5 saat dan pecutan maksimum 225kmj.

Countryman Blackheath Edition ditawarkan pada harga RM253,888, tanpa insurans.

BACA >>> #PanduUji: Sebuah Kisah Sentimental Tentang MINI Cooper S Clubman

GALERI
MINI Countryman Blackheath (1)
MINI Countryman Blackheath (2)
MINI Countryman Blackheath (4)
MINI Countryman Blackheath (5)
MINI Countryman Blackheath (3)
MINI Countryman Blackheath (9)
MINI Countryman Blackheath (6)
MINI Countryman Blackheath (7)
MINI Countryman Blackheath (8)
MINI Countryman Blackheath (12)
MINI Countryman Blackheath (10)
MINI Countryman Blackheath (11)
MINI Countryman Blackheath (13)
MINI Countryman Blackheath (14)
MINI Countryman Blackheath (15)
MINI Countryman Blackheath (16)

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW MINI, Mini, Mini Countryman, Mini Countryman Blackheath Edition, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev