• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Civic Type-R Limited Edition (2020) Mahu Rampas Semula Raja Nürburgring

Honda Civic Type-R Limited Edition (2020) Mahu Rampas Semula Raja Nürburgring

February 23, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA memperkenalkan hot-hatch Civic Type R (2020) versi dipertingkat (facelift) edisi terhad yang jauh lebih ringan dan berkuasa berbanding model sebelum ini.

Dinamakan Civic Type-R Limited Edition, model ini mungkin satu-satunya peluang Honda untuk merampas kembali rekod kereta pacuan roda depan paling pantas di Nürburgring yang diserahkan kepada Renault Mégane RS Trophy-R dengan catatan masa 7:40 minit.

Honda menjadi Type-R facelift ini lebih pantas dengan menukar rim asal kepada aluminium tempa BBS yang menurunkan berat sebanyak 8.1kg. Ini termasuk menanggalkan peredam bunyi bising dan salur udara panas di belakang untuk mengurangkan berat 12.7kg.

BACA >>> Renault Megane RS Trophy-R (2019) Pecah Rekod Type-R di Nürburgring, 7:40.1 minit!

honda civic type r LE 22
honda civic type r LE 19
honda civic type r LE 13
honda civic type r LE 7
honda civic type r LE 20

Malah, model edisi terhad untuk pasaran Eropah ini turut ditanggalkan sistem infotainmen dan penyaman udara supaya lebih ringan. Bagaimanapun, pengurangan berat ekstrem ini  tidak dibuat untuk Civic Type-R spesifikasi Amerika Syarikat (AS).

Tayar asal Continental ditukarkan kepada Michelin Pilot Sport Cup 2, manakala stereng asal dikalibrasi semula supaya pengendalian lebih agresif. Warna kuning eksklusif (Phoenix Yellow) dipilih yang mirip Acura Integra Type R untuk membezakan varian ini dengan Civic Type-R standard.

BACA >>> Honda Civic Type R (2020) Facelift Debut di Tokyo, Kini dengan Honda Sensing

Bumbung, perumah cermin sisi, gril dan atas spoiler belakang diwarnakan hitam berkilat sebagai tona kontras. Strip merah dijadikan trim  tambahan pada badan kereta, manakala lencana Civic berwarna krom gelap. Walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan berat, Honda masih mengekalkan ciri teknologi bantuan keselamatan seperti berikut:

  • Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System, CMBS)
  • Sistem Amaran Pelanggaran Depan (Forward Collsion Warning)
  • Mitigasi Tukar Lorong (Road Depature Mitigation)
  • Amaran Tukar Lorong (Lane Departure Warning)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keeping Assist)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control)

Enjin Civic Type-R Limited Edition ini juga masih sama, iaitu 4-silinder 2.0L VTEC Turbo yang mampu menjana kuasa 306hp @ 6,500 rpm dan tork 400Nm @ 2,500rpm hingga 4,500rpm. Sistem transmisi pun dikekalkan, iaitu manual 6-kelajuan dengan tiga mod pemanduan, Sport, Comfort dan +R.

Cuma 600 unit Civic Type-R Limited Edition ditawarkan kepada pelanggan AS dan 100 unit lagi untuk pembeli Eropah. Harga akan diumumkan ketika pelancaran.

BACA >>> Honda Civic Type R Sah Jadi Kereta Pengiring YDP Agong

GALERI
honda civic type r LE 17
honda civic type r LE 15
honda civic type r LE 14
honda civic type r LE 18
honda civic type r LE 12
honda civic type r LE 16
honda civic type r LE 10
honda civic type r LE 11
honda civic type r LE
honda civic type r LE 1
honda civic type r LE 2
honda civic type r LE 3
honda civic type r LE 8
honda civic type r LE 20
honda civic type r LE 7
honda civic type r LE 19
honda civic type r LE 13
honda civic type r LE 9
honda civic type r LE 4
honda civic type r LE 22
honda civic type r LE 21
honda civic type r LE 5

SUMBER: Motor1

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Civic Type-R Limited Edition, Honda EU, Honda USA, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev