YAMAHA menampilkan warna dan corak baharu YZF-R25 (2020) untuk pasaran antarabangasa dengan memperkenalkan dua warna baharu, Matt Silver (perak) dan Matt Blue (biru). Laman web Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mengemaskini warna baharu tersebut.
Kemasan perak dikatakan mengambil ilham Yamaha M1 Fiat Estoril Edition (2019) dan didatangkan dengan grafik hitam/merah, manakala skema biru didatangkan dengan kombinasi perak pada fender depan, fairing sisi dan seksyen ekor.
Selain warna baharu, aspek mekanikal kekal sama, dipacukan enjin dwi silinder 4-lejang 8-injap 249cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 35.5hp @ 12,000rpm dan tork 22.6Nm @ 10,000rpm dengan transmisi jenis klac basah manual 6-kelajuan.
BACA >>> Yamaha Japan Perkenal Warna Baharu untuk YZF-R25, R3 (2020)
Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, manakala sistem brek dipasangkan brek cakera apung 2-piston di depan, dan brek cakera piston tunggal di belakang.
Antara ciri R25 ialah panel LCD digital multifungsi, suis utama tiga dalam satu seperti motosikal besar, dan rekabentuk fasia dan lampu utama LED ala superbike R1.
Harga runcit untuk sportbike suku liter Yamaha ini tidak berubah, kekal RM19,998 dan kini boleh didapati semua pengedar HLYM sah. Setiap pembelian akan mendapat kunci brek bernilai RM100 percuma.
BACA >>> Langkah Pertama ke Dunia Sportbike: Modenas Pulsar RS200 vs Yamaha YZF-R25
Jan says
Citarasa masing masing, saya kurang menggemari warna matte, sebab tidak boleh di gilap atau polish. warna sebelum dan selepas cuci motor pun lebih kurang sama, kurang kepuasan bila parking dan nampak tak berkilat macam motor baru.